Harian Metro

KEAJAIBAN PERUBATAN

Lelaki dianggap mati selepas terkena renjatan elektrik pulih selepas jalani 23 pembedahan

-

Seorang lelaki mengejutka­n doktor apabila terselamat daripada renjatan elektrik mengerikan yang mengubahny­a menjadi bola api manusia.

Darren Harris, 29, dianggap keajaiban dalam perubatan kerana bukan sahaja hidup semula selepas ‘mati’, namun pulih daripada melecur tahap ketiga kepada 47 peratus daripada badannya.

Kemalangan menimpa Darren berlaku di bangunan kerja keluli terbiar di Wolverhamp­ton pada November 2020, lapor Mirror.

Darren berkata, ketika kejadian dia meletak tangan di atas palang yang disangkany­a tidak berfungsi lagi dan tiba-tiba badannya terpe

‘ Pakar bedah memberitah­u, mereka tidak pernah melihat perkara seperti itu dalam kerjaya mereka selama 30 tahun”

lanting ke seberang bilik.

“Saya cuma ingat mati. Ketika bangun 27 hari selepas itu saya lihat seluruh badan terbakar,” katanya.

Darren berkata, dia dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Birmingham dan dikomakan kerana kecederaan parah dan kegagalan organ.

“Pakar melakukan 23 pembedahan termasuk cantuman kulit, kraniotomi untuk melegakan tekanan dari otak dan pembedahan perintis untuk menggunaka­n kulit tiruan pada luka melecurnya.

“Pakar bedah memberitah­u, mereka tidak pernah melihat perkara seperti itu dalam kerjaya mereka selama 30 tahun,” katanya.

Katanya, dia kini tidak memiliki hidung dan telinga selain kehilangan pergerakan kedua-dua tangannya yang menyebabka­nnya tidak dapat bekerja.

“Saya kemurungan dan pernah terfikir membunuh diri tetapi saya tersedar kerana diberi peluang kedua untuk hidup.

“Kini saya mengumpul dana menerusi GoFundMe bagi membiayai pembedahan untuk cetakan 3D membina semula telinga menggunaka­n sel stem,” katanya dalam portal Daily Star.

Darren

 ?? ?? DARREN pulih daripada melecur tahap ketiga selepas dirawat.
Gambar kanan, sebelum kemalangan.
DARREN pulih daripada melecur tahap ketiga selepas dirawat. Gambar kanan, sebelum kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia