Harian Metro

PENCAPAIAN AMAT BERMAKNA

Menjadi satu-satunya anggota IN2IT bukan rakyat Korea Selatan, Isaac berasakan usahanya berbaloi

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bergelar idola dalam industri K-Pop di Korea Selatan pastinya menjadi impian ramai bakat muda. Bahkan di negara itu sendiri, jutaan remaja menaruh harapan ingin mengejar kemasyhura­n status sebagai artis.

Justeru , penyanyi Isaac Voo, 28, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah cukup bertuah kerana berjaya mencipta nama di sana.

Hakikatnya, anggota kumpulan IN2IT ini menjadi rakyat Malaysia pertama berbuat demikian.

Apa yang menarik, industri hiburan Korea Selatan sentiasa mengalualu­kan bakat dari negara lain untuk bertapak di sana.

Pendedahan diraih bukan calang-calang kerana industri K-Pop digilai di seluruh dunia sehingga hari ini.

Isaac sendiri tidak dapat menggambar­kan betapa bermaknany­a pencapaian diraihnya itu. Baginya, ia bukan sekadar untuk kepuasan peribadi sebaliknya bangga dapat membawa nama Malaysia di peringkat lebih tinggi.

“Sewaktu saya memutuskan untuk tinggal di sana beberapa bulan bagi menghadiri uji bakat, ibu bapa fikir saya ‘gila’. Malah, saya juga tidak membawa wang dan pakaian yang mencukupi kerana pada asalnya saya ke sana cuma untuk menyertai satu pertanding­an.

“Namun, saya memang sudah nekad untuk lunaskan impian tanpa mahu menoleh ke belakang. Setiap hari, saya hadir ke pelbagai uji bakat di lebih 10 agensi termasuk SM Entertainm­ent tanpa rasa penat.

“Jadi, apabila berjaya dan memulakan karier pada 2017, syukur sangat usaha saya berbaloi. Sememangny­a lebih manis adalah saya dapat membawa nama Malaysia dalam industri yang cukup berat persaingan­nya itu,” katanya.

Dalam kumpulan IN2IT, Isaac juga menjadi satusatuny­a anggota bukan warganegar­a Korea Selatan. Anggota lainnya seperti

Yoo Ji-ahn, Jung Yeontae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk dan Lee In-pyo semuanya berasal dari sana.

Dia akui memang berdepan kesukaran untuk menyesuaik­an diri juga pada peringkat awal. Mana tidaknya, dia belum fasih bertutur bahasa Korea dan memperjudi­kan nasib untuk pastikan dapat menjadi artis K-Pop terlebih dulu.

Bagaimanap­un, itulah sebenarnya tugasan yang paling penting buatnya demi kehadirann­ya diterima dengan hati terbuka industri di sana.

Menurutnya, dia tidak mengambil masa lama untuk selesakan diri dengan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia