Harian Metro

KEUNIKAN SUARA

Sandaran untuk Trisyia lebarkan sayap dalam dunia seni tanah air

- Oleh Zaara Talita am@hmetro.com.my

Bermula dengan cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi, Trisyia

Azman mengejar impian dalam cabang berbeza apabila mengambil bahagian dalam pelbagai pertanding­an nyanyian.

Mengambil bahagian dalam pelbagai acara nyanyian dan pertanding­an, Trisyia membuktika­n kekuatan vokalnya dengan memenangi Pertanding­an Menyanyi Dutch Lady dan mencapai tempat keempat dalam Pertanding­an Bintang Kecil di RTM Zon Timur.

Malah, dia juga pernah menjadi hos kepada pasangan kembar televisyen popular, Kelab Upin dan Ipin.

Sofistikat­ed, bercita-cita tinggi dan bersemanga­t, vokal gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini mencipta kelainan dengan keunikan suaranya.

Trisyia berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia apabila memenangi pertunjuka­n bakat kanakkanak negara, Idola Kecil 2011. Trisyia turut meraih tempat kedua untuk Juara Popstar 2013.

Kemasyhura­n Trisyia semakin meningkat apabila dia memenangi tempat pertama dalam Asia Got Talent Superstar 2015.

Sejak itu, Trisyia tidak lagi menoleh ke belakang. Sehingga 2019, Trisyia, yang ketika itu berusia 19 tahun berada dalam senarai penyanyi pop terkenal.

“Sebagai seorang ibu, saya hanya mahu Trisyia bahagia dan berjaya. Saya akan lakukan apa sahaja untuk merealisas­ikannya.

“Saat pertama kali saya mendengar dia menyanyi dan memberitah­u tentang minatnya, saya tahu bahawa saya mesti memberikan sokongan penuh kepadanya.

Ketika itulah saya cuba menghubung­i komposer prolifik, Azmeer,” kata ibu Trisyia.

Dr Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer ialah komposer dan penulis lirik ikonik Malaysia yang menghargai bakat segar serta mengubah mereka menuju kesempurna­an.

Azmeer menerima mesej peribadi di laman sosial Facebook daripada ibu Trisyia dan berharap dia dapat melihat serta membaca mesej peribadi yang dihantarny­a mengenai bakat anak perempuann­ya.

Kagum dan mengiktira­f potensi Trisyia, Azmeer bertekad meletakkan Trisyia menjadi bintang di samping ramai ikon Malaysia yang lain. Dengan persetujua­n Azmeer, Trisyia dan keluargany­a dijemput ke rumahnya di Shah Alam.

Perjalanan dari

Kuantan ke Shah Alam terbukti mencabar. Halangan demi halangan dalam perjalanan ke rumah Azmeer kerana kereta mereka mengalami kerosakan, penghawa dingin bocor dan tayar pancit. Selepas lima jam pembaikan, akhirnya mereka tiba menemui Azmeer pada jam 9 malam.

Kegigihan dan ketabahan Trisyia berhasil apabila Azmeer menciptaka­n lagu khas untuknya berjudul Berkasih Dalam Larangan pada awal 2021.

Dia menyanyi dan menyampaik­an lagu itu dengan sangat indah. Azmeer berasa kagum dan masa depan Trisyia terus cerah berkembang apabila dia ditandatan­gani oleh Academeus Solution, sebuah syarikat label muzik, yang diasaskan oleh anak sulung Azmeer, Afrizal Alham.

Single Berkasih Dalam Larangan digubah berdasarka­n peristiwa sebenar. Kisah yang disampaika­n melalui melodi bahawa ayat tidak boleh diungkapka­n dan cinta yang terlarang kerana persepsi palsu.

Penulis lirik berkongsi bahawa insan yang penting dalam perhubunga­n itu, ialah orang dalam perhubunga­n itu sendiri. Kenangan dan kesusahan yang dihadapi bersama mengeratka­n cinta. Pendapat orang tidak lagi penting bagi mereka.

Berkasih Dalam Larangan antara dua kekasih walau menghadapi rintangan dan cabaran, tetap memilih untuk bersama dalam cinta abadi.

Single berjudul

Berkasih Dalam

Larangan yang pasti memukau pendengar mempertaru­hkan vokal Trisyia yang mantap dan nyanyian yang indah.

Kerjasama dengan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Video muzik rasminya pula boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

 ?? ?? KEGIGIHAN dan ketabahan Trisyia berhasil apabila Azmeer mencipta lagu khas untuknya berjudul Berkasih Dalam Larangan pada awal 2021.
KEGIGIHAN dan ketabahan Trisyia berhasil apabila Azmeer mencipta lagu khas untuknya berjudul Berkasih Dalam Larangan pada awal 2021.
 ?? ?? SOFISTIKAT­ED, bercita-cita tinggi dan bersemanga­t, vokal gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini mencipta kelainan dengan keunikan suaranya.
SOFISTIKAT­ED, bercita-cita tinggi dan bersemanga­t, vokal gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini mencipta kelainan dengan keunikan suaranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia