Harian Metro

SASAR PEMINAT MELAYU

Suzanne lebar sayap dalam industri muzik tanah air simpan impian hasilkan lagu sendiri

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Idam tembusi pasaran arus perdana dan peminat Melayu, Suzanne Low kini mengorak langkah mencipta nama dalam industri muzik tempatan.

Semangat gadis kelahiran Pulau Pinang berusia 25 tahun ini cukup berkobar untuk meletakkan namanya sebaris penyanyi sedia ada. Bahkan dia mempersiap­kan diri sebaik-baiknya daripada pelbagai aspek.

Berketurun­an Cina, Suzanne tidak nafikan dia berdepan cabaran tersendiri terutama menyanyi lagu Melayu. Bagaimanap­un, dia ada strategi untuk menguasai nyanyian serta mengasah sebutan Melayunya.

“Mulanya sukar juga nyanyi dalam bahasa Melayu, tapi selepas banyak mendengar lagu Datuk Sheila Majid, belajar cara sebutan liriknya, memang sangat menyeronok­kan.

“Semakin lama semakin senang untuk saya. Saya juga sangat sukakan lagu lama terutama nyanyian Allahyarha­m Tan Sri P

Ramlee untuk dijadikan rujukan,” katanya.

Pernah menyertai pertanding­an The Voice Malaysia/Singapura dan The Voice China beberapa tahun lalu, Suzanne juga sebenarnya cukup berpengala­man di atas pentas.

Ditambah pula dia mula menyanyi depan khalayak pada usia 17 tahun. Kini aktif menyanyi di bar dan pub, dia bagaimanap­un akui perlu lipat ganda usaha untuk bersinar dalam arus perdana pula.

“Saya memang bekerja keras mempersiap­kan diri untuk memiliki mental yang kuat bagi berhadapan dengan lebih ramai orang selepas ini.

“Saya latih diri menerusi persembaha­n di depan khalayak dan cara berinterak­si dengan mereka. Disebabkan terlalu cintakan nyanyian dan muzik, saya suka cuba peluang lebih besar.

“Saya sentiasa belajar perkara baharu supaya dapat mengikuti industri arus perdana,” katanya.

Memilih genre R&B, Suzanne berkata jiwanya sangat kuat terhadap muzik sebegitu sejak kanak-kanak lagi. Justeru, ia menjadi faktor utama buatnya jadi penyanyi R&B.

“Saya sudah mula dengar lagu R&B sejak usia enam tahun dalam kereta bersama ibu saya. Kami dengar lagu di radio samasama dan ibu memang paling gemar lagu lama.

“Disebabkan itu, saya banyak terdedah dengan lagu nyanyian Whitney Houston dan Mariah Carey. Mereka antara pengaruh besar dalam nyanyian saya,” katanya.

Suzanne turut menyimpan impian agar dapat menghasilk­an lagu sendiri suatu hari nanti. Namun, dia akui sukar juga menjadi penulis lagu tapi enggan putus asa.

“Saya ada cuba tulis lagu sendiri tapi ia macam tak kena dengan saya. Tapi saya akan cuba lagi pada masa hadapan kerana nak sangat nyanyi lagu hasil karya sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, Suzanne melancarka­n sebuah lagu berjudul Disentuhi Cinta dalam tiga versi iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Lagu itu hasil ciptaan Slen Fadzil, JJ Neo, dan

San San. Ia diterbitka­n Yu Heng dan JimBo serta Rusa Music sebagai pengedarny­a.

Saya ada cuba tulis lagu sendiri tapi ia macam tak kena dengan saya. Tapi saya akan cuba lagi pada masa hadapan kerana nak sangat nyanyi lagu hasil karya sendiri SUZANNE

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia