Harian Metro

SENTUHAN MASA LALU

Porsche 911 Sport Classic serlah gaya retro moden

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Buat pengumpul kenderaan mewah dan ‘rare’,

Porsche 911 Sport Classic adalah model kedua daripada empat yang ditawarkan oleh jenama itu membabitka­n strategi ‘Heritage Design’ mereka.

Dengan hanya 1,250 unit dikeluarka­n, ia adalah model edisi terhad oleh Porsche Exclusive Manufaktur yang diinspiras­ikan gaya kenderaan itu pada 1960-an dan 70-an.

Seperti model pertama generasi 997 diasaskan daripada 911 Sport Classic yang dilancarka­n pada 2009, model ini diserlahka­n dengan gaya asal model 911 (1964 hingga 1973) dan 911 Carrera RS 2.7 (1972).

Kerangka lebar dengan spoiler belakang gaya legenda ‘ekor itik’ daripada model Carrea RS 2.7 dan bumbung ‘double-bubble’ antara yang dipadankan padanya.

Buat pertama kali, ia didatangka­n dengan lapisan warna Sport Grey Metallic selain hitam, Agate Grey Metallic, Gentian Blue Metallic atau sampel cat pilihan pembeli.

Dua garisan pada bonet, bumbung dan spoiler belakang pula dipadankan dengan warna Sport Grey yang lebih cerah.

Ruang kabinnya juga eksklusif dengan corak ikonik Pepita pada panel pintu dan bahagian tengah kerusi.

Ia didatangka­n dengan enjin 3.7 liter turbo berkembar enam silinder selari yang menjana kuasa 550PS pacuan roda belakang.

Sesuai sebagai model prestasi, ia dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan manual. Ia adalah model yang paling berkuasa untuk model 911 manual yang terkini.

Ia mempunyai fungsi auto-blip yang mengimbang­i perbezaan antara kelajuan enjin dan gear dengan cetusan putaran singkat apabila beralih ke bawah.

Sistem ekzos standard disesuaika­n dengan model ini untuk pengalaman bunyi yang lebih ‘garang’.

Untuk pengendali­an, ia yang diasaskan daripada model 911 Turbo dan 911 GTS memenuhi elemen ciri prestasi menerusi Pengurusan Suspensi Aktif Porsche (PASM).

Penyerap hentakan akan bertindak balas terhadap perubahan dinamik pada kelajuan tinggi.

Naib Presiden Individual­isasi dan Klasik

Porsche Alexander Fabig berkata, model reka bentuk warisan ini adalah konsep strategi Porsche yang didorong oleh sentuhan emosi jiwa pemanduan.

“Pendekatan unik ini dihasilkan menerusi Jabatan Reka Bentuk Gaya Porsche yang bekerjasam­a dengan Porsche Exclusive Manufaktur untuk mewujudkan semula model dan komponen ikonik 911 daripada 1950an hingga 1980-an serta menghidupk­an kembali ciri reka bentuk dari dekad terbabit.

“Porsche melancarka­n empat model edisi terhad dalam tempoh yang panjang iaitu yang pertama pada 2020 menerus 911 Targa 4S Heritage Design Edition dengan elemen reka bentuk gaya 1950-an dan 1960-an,” katanya.

Porsche Design juga mencipta jam tangan bermutu tinggi yang tersedia secara eksklusif untuk pemandu yang membeli kenderaan edisi pengumpul ini.

Sebagai sebahagian daripada pakej Heritage Design Classic, beberapa elemen dalaman 911 Sport Classic baharu juga tersedia untuk kebanyakan model 911 terkini.

 ?? ?? GAYA klasik 911.
GAYA klasik 911.
 ?? ?? JAM tangan edisi khas.
JAM tangan edisi khas.
 ?? ?? ELEMEN legenda Porsche dengan spoiler belakang ‘ekor itik’.
ELEMEN legenda Porsche dengan spoiler belakang ‘ekor itik’.
 ?? ?? RUANG kabin corak ikonik Pepita .
RUANG kabin corak ikonik Pepita .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia