Harian Metro

AURA 37 TAHUN

Proton Saga 2022 tawar kemasan dan ciri keselamata­n terkini

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sebagai model pertama untuk pengeluar kereta nasional Proton, model Saga kekal menjadi pilihan pembeli di negara ini.

Sejak dilancarka­n pada 1985, ia sudah terjual sebanyak 1.9 juta unit. Ia juga model paling lama ditawarkan dalam segmennya yang masih dikeluarka­n di pasaran.

Kemudian, pada

2019, model Proton Saga Baharu dilancarka­n. Ia turut memiliki pencapaian tersendiri apabila dalam tempoh 32 bulan, sebanyak 123,512 unit terjual, termasuk ketika dalam tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.

Model ini turut dieksport ke 28 negara sejak empat tahun lalu.

Bagi mengukuhka­n lagi pasaran sedan segman-A di negara ini, Proton Saga 2022 Baharu diperkenal­kan dengan kemasan luaran, dalaman dan keselamata­n dipertingk­at.

Pelancaran­nya dibuat di Pusat Kecemerlan­gan Proton, Subang Jaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong dan timbalanny­a, Roslan Abdullah.

Ia kini ditawarkan menerusi empat varian merangkumi Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT Baharu.

Untuk enjin, ia masih kekal dengan 1.3 liter empat silinder DOHC VVT yang menjana kuasa 95PS pada 5,750rpm dan tork 120Nm pada 4,000rpm.

Ia dipadankan dengan pilihan kotak gear transmisi manual 5 kelajuan atau 4 kelajuan automatik.

Untuk rekaan luaran, ia diperkemas­kan dengan logo Proton terkini dan corak gril ‘Infinite Weave’ yang diperbahar­ui.

Ia juga datang dengan ‘skirting’ hadapan pada bampar. Bahagian sisi serta pintu but diberi kemasan baharu.

Selain itu, ia datang dengan cermin sisi gelap dengan fungsi lipatan automatik, pembuka pintu but kawalan jauh, fungsi kemasukan pintar serta rim aloi rekaan baharu bersaiz 15 inci.

Lampu hadapan halogen dengan ciri lampu nyalaan siang (DRL) LED turut menambah ranggi model ini.

Untuk kabin, ia tambah segar dengan warna gelap dan garisan merah pada lingkaran corong penyaman udara.

Stereng pula dibaluti kulit dengan jahitan merah

 ?? ?? SAGA 2022 Baharu.
SAGA 2022 Baharu.
 ?? ?? RUANG kabin diperbahar­ui.
RUANG kabin diperbahar­ui.
 ?? ?? PELAPIK karpet kemasan baharu.
PELAPIK karpet kemasan baharu.
 ?? ?? RODA stereng kemasan jahitan merah.
RODA stereng kemasan jahitan merah.
 ?? ?? SISTEM infotainme­n dipertingk­at.
SISTEM infotainme­n dipertingk­at.
 ?? ?? PILIHAN transmisi manual dan automatik.
PILIHAN transmisi manual dan automatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia