Harian Metro

GURU TERNAKAN UDANG KARA AIR TAWAR

Ketika PKP akibat Covid-19 Yusri dan Aqran tak mengalah apabila anjur kursus dalam talian

-

menternak udang kara air tawar ini,

Aqran menjelaska­n ia memerlukan kos minimum RM50 hingga RM100, namun semuanya bergantung kepada keupayaan penternak jika mahu menggunaka­n modal lebih besar.

“Kita tidak mahu meletak batasan kepada penternak, tetapi sekurangku­rangnya RM100 diperlukan untuk membeli politank, pam udara, perumah dan udang kara,” katanya.

Penjagaann­ya juga tidak rumit kerana hanya memerlukan air paip yang dinyah klorin, namun perlus dipastikan, tahap pH airnya sekitar 7 hingga 8 yang sesuai untuk udang kara air tawar berkenaan hidup dan membiak.

Namun menurut

Aqran, kebersihan tangki perlu diberi perhatian memandangk­an air yang kotor boleh menyebabka­n ‘blister’ pada udang, yang mungkin berpunca daripada kerosakan penapis air.

“Biasanya, inilah masalah dihadapi penternak baru, pelarasan air yang tidak sesuai, air kotor dan kematian udang, tetapi risiko itu boleh dikurangka­n apabila kita

Saya harap hotel dan restoran di negara ini akan melihat potensi mengetenga­hkan udang jenis ini. Ini kerana rakyat Malaysia sukakan makanan yang baharu dan viral AQRAN

memahami parameter serta sukatan air yang betul,” katanya.

Menurutnya, udang yang dijual bermula daripada anak udang bersaiz 2.5 sentimeter

(satu inci) sehingga induk bersaiz 15.2 sentimeter (enam inci).

“Harga pasaran untuk udang kara bersaiz 2.2 sentimeter adalah RM1 seekor, manakala dewasa dijual RM20 sepasang. Harganya boleh mencapai RM100 hingga RM120 sekilogram,” kata Aqran yang turut menjual makanan udang berkenaan.

Biarpun ia bukan ternakan bermusim, sambutan menggalakk­an ketika Ramadan.

“Menu seperti nasi lemak udang kara dan char kuetiau udang kara pastinya menarik perhatian, tetapi kita perlu perluaskan,” jelas

Aqran.

“Saya harap hotel dan restoran di negara ini akan melihat potensi mengetenga­hkan udang jenis ini. Ini kerana rakyat Malaysia sukakan makanan yang baharu dan viral,” katanya.

Menjelaska­n mengenai kursus penternaka­n udang kara air tawar yang dianjurkan, Yusri yang juga pengurus operasi syarikat berkenaan menawarkan pengisian amali kepada mereka yang berminat menternak udang berkenaan.

“Kami memberi pendedahan bukan saja mengenai penternaka­n, malah peluang kepada peserta menikmati menu berasaskan udang kara air tawar.

“Menerusi kursus ini, kita tunjukkan suasana sebenar penternaka­n udang. Penternaka­n ini masih baharu dan banyak lagi yang perlu ditambah baik.

Menerusi kumpulan sokongan yang diwujudkan secara dalam talian, pihaknya yakin sebarang masalah dihadapi penternak boleh diselesaik­an, malah mereka memantau perkembang­an setiap penternak.

Yusri turut berkongsi pengalaman sendiri membela udang kara berkenaan pada 2016, bermula dengan beberapa ekor udang di dalam bekas khas yang diusahakan di rumahnya sendiri.

“Kemudian kami gunakan kolam kanvas. Banyak pengalaman ditimba terutama membabitka­n kematian udang, namun saya usahakan sampai benarbenar berjaya.

“Hanya selepas itu baru timbul keyakinan berkongsi ilmu, menerusi bimbingan peribadi sebelum berpindah ke lokasi bersesuaia­n untuk mengadakan kursus secara teori dan praktikal.

Meskipun ketika seluruh negara dibelenggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika penularan pandemik Covid-19, Yusri dan Aqran tidak mengalah dengan menganjurk­an kursus secara dalam talian sepanjang dua tahun itu disertai lebih 1,000 peserta.

 ?? ?? AQRAN menunjukka­n sebahagian udang yang diternakny­a.
ANTARA menu udang kara air tawar.
AQRAN menunjukka­n sebahagian udang yang diternakny­a. ANTARA menu udang kara air tawar.
 ?? ?? SAIZ udang kara air tawar boleh mencapai enam inci.
SAIZ udang kara air tawar boleh mencapai enam inci.
 ?? ?? KELAS bimbingan ternakan udang diadakan secara bersemuka.
KELAS bimbingan ternakan udang diadakan secara bersemuka.
 ?? ?? YUSRI
YUSRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia