Harian Metro

BANK TULANG

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Bank tulang di negara ini sangat penting untuk penyimpana­n sementara tulang yang didermakan sebelum ditranspla­ntasi (dipindahka­n) kepada pesakit memerlukan.

Ketika ini, hanya tiga hospital yang mempunyai kemudahan dan kepakaran mengendali­kan bank tulang di Malaysia.

Hospital berkenaan ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Kuala

Lumpur (HKL).

Ketua Bank Tulang

PPUM Prof Madya Dr

Azura Mansor berkata, fungsi bank tulang di pusat perubatan berkenaan ialah untuk memperoleh, memproses dan menyimpan tulang manusia yang didermakan oleh penderma untuk kegunaan transplant­asi tulang seperti yang dibenarkan di bawah Akta Tisu Manusia 130

(1974) dan Fatwa Islam 1995.

Menurutnya, transplant­asi tulang alograf bertujuan menggantik­an tulang yang mengalami kerosakan atau berpenyaki­t.

“Tulang alograf ialah tulang daripada manusia iaitu penderma yang digunakan kepada manusia lain iaitu penerima (pesakit).

“Pembekalan tulang alograf daripada bank tulang bertujuan untuk rawatan penyakit berkaitan tulang dan meningkatk­an kualiti hidup pesakit serta menyelamat­kan nyawa sesetengah pesakit,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya bank tulang tempatan, kos ditanggung pesakit adalah jauh lebih rendah berbanding tulang diimport.

“Contoh, untuk mendapatka­n tulang pinggul (femoral head) import, pesakit terpaksa membayar kos perkhidmat­an sehingga tiga atau empat kali ganda lebih tinggi.

“Tulang alograf tidak boleh dijual beli. Kos yang dikenakan hanyalah kos Perkhidmat­an untuk membiayai pelbagai ujian makmal dan proses sterilisas­i tulang,” katanya.

Dr Azura yang juga

Pakar Perunding Ortopedik Onkologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya berkata, keperluan penggunaan tulang alograf

 ?? ?? PROSES perolehan tulang penderma.
PROSES perolehan tulang penderma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia