Harian Metro

4 PENYAKIT KEBIMBANGA­N IBU BAPA

Nyawa jadi taruhan, maklumat tepat boleh bantu elak anak dijangkiti dan kekal sihat

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kegusaran ibu bapa berkaitan ancaman serangan virus Covid-19 terhadap anak mereka belum berakhir.

Kini, kebimbanga­n mereka berganda dengan kemunculan penyakit lain yang sebahagian­nya boleh mengancam nyawa anak.

Empat jenis penyakit yang menjadi kebimbanga­n utama ibu bapa perlu diberikan perhatian supaya anak mereka terhindar daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Maklumat ini dikongsika­n oleh Pakar Pediatrik dan Pediatrik Endokrinol­ogi Dr Rashdan Zaki Mohamed di Facebook miliknya, baru-baru ini.

1. Penyakit sindrom keradangan multisiste­m dalam kanak-kanak (MIS-C) dan Kawasaki

Kebiasaann­ya, ia menyerang kanak-kanak terutama yang berusia bawah lima tahun.

MIS-C ialah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ia membabitka­n keradangan pelbagai organ dalaman terutamany­a jantung, paruparu dan otak.

Komplikasi jangkitan Covid-19, kebiasaann­ya setelah dua hingga empat minggu jangkitan Covid-19.

Organ utama yang terjejas adalah jantung namun organ lain juga boleh turut terjejas seperti usus, sistem penghadama­n, pernafasan, kulit.

Penyakit Kawasaki pula ialah sindrom yang dicirikan keradangan saluran darah di seluruh badan.

Gejala utama: i.Demam berpanjang­an ii.Ruam merah iii.Bibir merah/kering/ merekah iv.Mata merah v.Bengkak kelenjar limfa vi.Bengkak kaki/tangan

Gejala lain: i.Berdebar-debar ii.Keletihan iii.Kelihatan tidak sihat keterlalua­n

2.Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)

Penyakit jangkitan kanak-kanak terutama berusia bawah 10 tahun.

Terdapat lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut.

Amat mudah berjangkit. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD perlu dikuaranti­n bagi mengelakka­n ia menjangkit­i yang lain.

Berisiko mendapat komplikasi radang jantung dan organ lain termasuk radang otak. Namun, kebiasaann­ya jangkitan dan bergejala ringan

Gejala utama: i.Ruam kaki/tangan ii.Ulser mulut

Ini menyebabka­n anak kurang makan/minum dan membawa kepada kekeringan/dehidrasi

Kes HFMD pada masa ini dengan meningkat naik.

3. ‘Respirator­y Syncytial Virus’ (RSV)

Jangkitan RSV kerap berlaku kepada kanakkanak berusia di bawah umur dua tahun.

Virus RSV kebiasaann­ya menyerang paru-paru dan salur/sistem pernafasan.

Kebanyakan pesakit pulih dengan masa.

Namun, RSV boleh menjadi serius terutama kepada bayi sehingga memerlukan suplementa­si oksigen dan/atau bantuan pernafasan.

Jangkitan RSV boleh menyebabka­n bronkiolit­is, pneumonia dan gangguan pernafasan termasuk nafas berbunyi (wheeze).

Individu mula menunjukka­n gejala pada hari keempat hingga keenam selepas dijangkiti virus RSV.

Gejala RSV i.Hidung berair ii.Hilang selera makan iii.Batuk iv.Bersin v.Demam vi.Nafas laju dan berbunyi

4. Hepatitis Akut Tidak Diketahui Penyebabny­a

Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru mengumumka­n penyakit berkenaan.

Ada kebimbanga­n baharu jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dalam kalangan kanakkanak.

Gejala utama i.Kekuningan pada kulit/ mata (jaundice) ii.Loya iii.Muntah iv.Hilang selera makan v.Keletihan

Punca utama masih dalam siasatan

Sehingga 21 April lalu, WHO menerima pelaporan 169 kes ini membabitka­n 12 negara.

 ?? FOTO | SUMBER GOOGLE ?? HEPATITIS Akut Tidak Diketahui Penyebabny­a ialah ancaman kesihatan baharu kanak-kanak.
FOTO | SUMBER GOOGLE HEPATITIS Akut Tidak Diketahui Penyebabny­a ialah ancaman kesihatan baharu kanak-kanak.
 ?? ?? RSV menyerang paru-paru dan salur/ sistem pernafasan kanak-kanak .
RSV menyerang paru-paru dan salur/ sistem pernafasan kanak-kanak .
 ?? ?? GEJALA penyakit Kawasaki menimbulka­n ruam merah pada badan.
GEJALA penyakit Kawasaki menimbulka­n ruam merah pada badan.
 ?? ?? HFMD menimbulka­n lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut.
HFMD menimbulka­n lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut.
 ?? ?? BIBIR kanak-kanak menghidap sindrom MIS-C menjadi merah dan merekah.
BIBIR kanak-kanak menghidap sindrom MIS-C menjadi merah dan merekah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia