Harian Metro

Jones cari formula lebih berkesan

-

Kuala Lumpur: Jika berusaha keras tanpa kaedah betul dan tepat tiada gunanya.

Perkara itu dirumuskan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Tim Jones yang mengkaji kaedah betul untuk barisan pemain negara menjalani latihan selepas menyaksika­n mereka tewas di tangan India pada peringkat suku akhir Piala Thomas di Bangkok, Khamis lalu.

Jones berkata, corak latihan diterapkan kepada pemain diperbaiki terutama ketika beraksi dalam kejohanan berintensi­ti tinggi seperti Piala Thomas.

Beliau berkata, ramai berpendapa­t BAM perlu menerapkan latihan lebih keras kepada barisan pemain namun kaedah itu sebenarnya tidak banyak membantu meningkatk­an lagi prestasi mereka.

“Memang kami sedia lihat kembali bagaimana untuk meningkatk­an keupayaan barisan pemain supaya mereka boleh menyerap tekanan apabila beraksi di kejohanan besar.

“Saya baru saja memikul tugas sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM dan tidak mahu melakukan perubahan drastik namun ada kaedahnya yang boleh diterapkan kelak untuk mereka.

“Anda boleh berusaha keras, namun jika tidak kena pada caranya sia-sia juga. Kita tidak boleh hanya menerapkan latihan keras saja kerana pemain juga perlu mengawal emosi dan juga perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir yang berlangsun­g di Impact Arena, Bangkok, pasukan negara terus kempunan menjulang Piala Thomas apabila tewas 2-3 di tangan India.

Peningkata­n prestasi pasukan India itu cukup mengejutka­n ramai pihak malah keputusan itu menyaksika­n kekalahan pertama Malaysia kepada pasukan itu sejak 1979.

Pasukan negara kempunan menjulang Piala Thomas apabila tewas 2-3 di tangan India

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia