Harian Metro

LWN, PTSR buka peluang wanita pamer bakat bola sepak

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n dua pertanding­an bola sepak wanita iaitu Liga Wanita Nasional (LWN) serta Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) tahun ini membuka lebih banyak peluang pemain wanita di dalam negara mempamerka­n bakat.

Pengerusi Jawatankua­sa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Suraya Yaacob berkata, penganjura­n dua kejohanan berkenaan kelak menyaksika­n lebih banyak pemain wanita dapat diserap menyertai skuad kebangsaan.

Beliau berkata, menerusi penganjura­n kejohanan khusus untuk wanita itu membuktika­n negara tidak ketandusan bakat baharu sekali gus mampu bersaing di kejohanan antarabang­sa kelak.

“Menerusi pucuk kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin, FAM komited melahirkan lebih ramai pemain bola sepak wanita di dalam negara apabila ia menyumbang terhadap kolam bakat skuad bola sepak wanita kebangsaan.

“Saya percaya, menerusi sokongan yang dizahirkan

Presiden FAM terhadap pembanguna­n bola sepak negara termasuk bola sepak wanita, Malaysia pasti meraih kejayaan di dalam arena bola sepak Asia,” katanya.

Terdahulu, FAM meraikan 30 kanak-kanak perempuan sempena Hari Bolasepak Wanita AFC ke-8 di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.

Aktiviti bola sepak akar umbi itu juga menyaksika­n kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun beraksi di atas padang sekali gus memberi pendedahan mengenai permainan bola sepak khusus untuk wanita.

“Saya pasti menerusi komitmen awal serta dedikasi ibu bapa di peringkat akar umbi ini, peserta cilik hari ini bakal menjadi pelapis pemain bola sepak wanita kebangsaan satu hari nanti.

“Selain itu, saya terharu melihat semangat kanak-kanak perempuan pada pagi ini (semalam) apabila mereka sungguh teruja kerana dapat bermain bola sepak. Besar harapan saya minat mereka terhadap bola sepak diterus dipupuk agar semangat mereka untuk beraksi tidak terpadam,” kata Suraya.

 ?? ?? KANAK-KANAK perempuan beraksi sempena Hari Bolasepak Wanita AFC ke-8 di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.
KANAK-KANAK perempuan beraksi sempena Hari Bolasepak Wanita AFC ke-8 di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia