Harian Metro

Skuad takraw buru pingat perak

-

Hanoi: Skuad sepak takraw berpasukan lelaki negara menghidupk­an peluang untuk meraih perak apabila kembali dengan landasan kemenangan selepas menumpaska­n Kemboja 3-0 di Dewan Sukan Daerah Hoang Mai, semalam.

Aksi cemerlang skuad negara bermula dengan regu pertama yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim Marican, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi berjaya mengalahka­n trio Kemboja, Veasna Sam, Sokhom Chhorn dan Channem Sorn 21-6, 21-10.

Kemenangan Malaysia disahkan dengan gandingan Faisal Fuad, Noraizat Nordin dan Norfaizzul Razak menang 21-2, 21-6 ke atas Chanthea Di, Hapchhun Nom dan Sovoutha Houth.

Regu ketiga yang dibarisi Haziq Hairul Nizam, Asyraaf Hadi dan Redwan Hakim Muhammad tidak berdepan masalah untuk menundukka­n Si E Sen, Mithona Pheng dan Korn Kien 21-5, 21-9.

Menurut pengendali skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad, Sukan Sea kali ini skuad negara menampilka­n lapan muka baharu yang tidak pernah merasai pengalaman beraksi di mana-mana Sukan Sea.

“Kalau ikutkan ada tiga atau empat pemain mula nampak menunjukka­n permainan mereka. Contohnya jika ada set yang perlu bersaing mereka akan bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Tidak mustahil satu hari nanti mereka mampu untuk memberi tentangan termasuk kepada Thailand,” katanya yang perlu mempersiap­kan pasukan untuk berdepan tuan rumah, Vietnam hari ini.

Selepas terlepas emas apabila tumpas 0-3 kepada Thailand kelmarin, skuad takraw berpasukan lelaki kini hanya menumpukan kepada buruan perak dengan syarat mampu mengalahka­n Vietnam.

“Boleh dikatakan hati saya cukup hancur Sydney

 ?? ?? SYDNEY raih gangsa acara taijiquan walaupun terkesan dengan pemergian ibu akibat serangan jantung sehari sebelum berlepas ke Hanoi.
SYDNEY raih gangsa acara taijiquan walaupun terkesan dengan pemergian ibu akibat serangan jantung sehari sebelum berlepas ke Hanoi.
 ?? ?? NORAIZAT melakukan libasan ketika turun menentang Kemboja, semalam.
NORAIZAT melakukan libasan ketika turun menentang Kemboja, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia