Harian Metro

Warkah pilu pesanan ibu

Keluarga sebak hanya temui nota emak dalam almari selepas arwah kebumikan

- Oleh Redzuan Muharam

“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”

Itu antara pesanan terakhir pesara polis, Allahyarha­m Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.

Apa yang menyedihka­n nota itu baharu ditemui tiga anaknya kelmarin dan mendapat perhatian netizen selepas salah seorang anaknya, Nor Azuana Masshar, 36, berkongsi kisah berkenaan di Facebook.

Bercerita lanjut, Nor Azuana berkata, nota itu ditemui adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30, di rumah orang tuanya di Taman Murni, Gurun, Kedah.

Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.

“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapa­n pengurusan jenazah disediakan­nya seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.

“Lagipun emak sihat ketika

‘ Saya terus menangis selepas membaca nota itu malah ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapa­n berkenaan bagi menguruska­n jenazah emak ”

itu dan tak sangka pula, ia petanda dia akan pergi meninggalk­an kami.

“Saya terus menangis selepas membaca nota itu, malah ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapa­n berkenaan bagi menguruska­n jenazah emak namun lega apabila urusan pengebumia­n di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halamannya berjalan lancar,” katanya.

Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat berkata, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu, dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai di sini.

“Emak menetap di Taman

Murni bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.

“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak selepas pengasuh anak positif Covid-19.

“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahka­n emak menghidap barah usus tahap empat.

“Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac lalu.

“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buangnya selepas pulang kerja,” katanya.

Menurutnya, selain meninggalk­an kiriman nota, ibunya juga ada menunjukka­n petanda lain sebelum meninggal dunia.

“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginann­ya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.

“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum dia menghembus­kan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.

“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana sahaja pergi, emak yang akan temankanny­a. Kini kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di Facebook.

“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan.

“Diharap perkongsia­n itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.

Nor Azuana

 ?? ?? ALLAHYARHA­M Muhyizan (empat dari kanan) bersama suami, anak, menantu dan cucunya bargambar kenangan pada 1 Syawal lalu.
ALLAHYARHA­M Muhyizan (empat dari kanan) bersama suami, anak, menantu dan cucunya bargambar kenangan pada 1 Syawal lalu.
 ?? ?? MUHYIZAN sempat menyediaka­n keperluan pengebumia­n untuk dirinya dengan pesanan terakhir kepada anak-anaknya.
MUHYIZAN sempat menyediaka­n keperluan pengebumia­n untuk dirinya dengan pesanan terakhir kepada anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia