Harian Metro

RM10 untuk ujian kendiri!

Pusat hiburan terima peningkata­n ketara jumlah pengunjung selepas ditutup akibat Covid-19

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

‘ Saya ambil peluang ini untuk datang berhibur bersama rakan memandangk­an aktiviti itu sudah dibenarkan”

Bryan Wong

‘ Bagi saya, SOP ditetapkan itu tidak membebanka­n pengunjung pusat hiburan kerana ia untuk kepentinga­n keselamata­n serta kesihatan semua pihak”

Pembukaan semula operasi pusat hiburan bermula kelmarin menyaksika­n peningkata­n ketara jumlah pengunjung kelab malam mahupun pub yang mahu berhibur.

Pelancong dari Brunei, Bryan Wong, 25, berkata, dia mengambil kesempatan bercuti di negara ini untuk datang ke pusat hiburan bersama rakan.

“Saya tiba di Malaysia Khamis lalu untuk bercuti lima hari. Saya dimaklumka­n rakan pusat hiburan sudah boleh beroperasi hari ini (kelmarin).

“Jadi saya ambil peluang ini untuk datang berhibur bersama rakan memandangk­an aktiviti itu sudah dibenarkan dan saya lihat ramai pengunjung di sini (pusat hiburan),” katanya ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama di sini, kelmarin.

Pengunjung warga tempatan, Kenie Geow, 25, berkata, dia dan rakan memang menunggu pembukaan semula pusat hiburan memandangk­an ia sudah ditutup lebih dua tahun.

“Apabila ia ditutup, kita tidak dapat datang ke pusat hiburan. Namun, apabila ada kelonggara­n diberikan kerajaan untuk makan di luar sebelum ini, saya dan rakan ada datang ke pusat hiburan yang bertukar sebagai restoran.

“Saya lihat pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula pusat hiburan menerusi berita dan dimaklumka­n ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk membuat ujian saringan Covid-19.

“Bagi saya, SOP ditetapkan itu tidak membebanka­n pengunjung pusat hiburan kerana ia untuk kepentinga­n keselamata­n serta kesihatan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, pekerja pusat hiburan di Bandar Utama yang enggan dikenali berkata, pihaknya mengambil inisiatif menyediaka­n kit ujian kendiri Covid-19 bagi pengunjung premis berkenaan.

“Inisiatif dijalankan sejak awal tahun meskipun pub hanya dibenarkan menyediaka­n makanan sahaja ketika itu. Apabila kerajaan mengumumka­n kaedah ini sebagai antara SOP yang perlu dipatuhi, kami hanya meneruskan langkah itu.

“Bagi setiap pelanggan yang mahu menjalanka­n ujian kendiri Covid-19 di sini, mereka dikenakan bayaran RM10 setiap seorang dan rekod dicatatkan dalam buku.

“Bagi pengunjung yang sudah membuat ujian saringan di luar, mereka akan dibenarkan masuk dengan syarat mematuhi SOP,” katanya.

Tinjauan wartawan di beberapa pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, tengah malam kelmarin mendapati kebanyakan premis dipenuhi dengan pengunjung.

Pada 12 Mei lalu, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluark­an garis panduan Protokol Operasi Pub dan Kelab Malam Berlesen yang antara lain menyenarai­kan pelanggan pub dan kelab malam berlesen perlu melakukan ujian kendiri Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum memasuki premis.

Kenie Geow

 ?? ?? ANGGOTA polis memeriksa pengenalan diri pengunjung pusat hiburan ketika operasi pematuhan
SOP di sekitar Bandar Utama, Petaling Jaya.
ANGGOTA polis memeriksa pengenalan diri pengunjung pusat hiburan ketika operasi pematuhan SOP di sekitar Bandar Utama, Petaling Jaya.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia