Harian Metro

PGA rampas 56 burung dilindungi

-

Kuala Lumpur: Rumah setinggan dan pangsapuri di beberapa kawasan di ibu kota dan Selangor dipercayai dijadikan pusat pengumpula­n oleh sindiket memperdaga­ngkan burung dilindungi undang-undang sebelum dijual ke pasaran gelap.

Kegiatan itu terbongkar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cheras bersama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Wilayah Persekutua­n melakukan serbuan di lima lokasi berasingan, kelmarin.

Komander PGA Briged Tengah Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, serbuan bermula jam 4.50 petang hingga 10.40 malam itu menahan empat lelaki, termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 34 hingga 39 tahun.

“Anggota merampas 56 burung dilindungi terdiri daripada 49 burung murai batu dan enam burung hijau disembunyi dalam rumah.

“Turut dirampas motosikal disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dan penjualan burung. Jumlah keseluruha­n rampasan dianggar RM105,700,” katanya.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati sindiket pengedaran dan penjualan haiwan dilindungi itu menjadikan rumah setinggan serta rumah flat sebagai tempat penyimpana­n.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010.

“Kita percaya penahanan suspek dan serbuan berjaya mengganggu gugat rangkaian pengedaran serta penjualan burung yang dilindungi oleh sindiket di Lembah Klang,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang kepada pihaknya.

Kita percaya penahanan suspek dan serbuan berjaya mengganggu gugat rangkaian pengedaran serta penjualan burung yang dilindungi oleh sindiket di Lembah Klang”

Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia