Harian Metro

Kes ada, staf kurang

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di internet daripada pihak berkuasa antarabang­sa sejak enam tahun lalu.

Bagaimanap­un akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaa­n yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan

Kanak-kanak (D11) Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sejak 2017 hingga Mac tahun ini, PDRM menerima 93,368 alamat IP yang disyaki terlibat melakukan kegiatan itu daripada sistem perkongsia­n maklumat yang dianggotai antaranya Polis Antarabang­sa (Interpol), Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) Amerika Syarikat dan National Center For Missing and Exploited Children.

Beliau berkata, berikutan kekangan kakitangan terlatih untuk menapis dan meneliti maklumat diterima itu, hanya 103 alamat IP diperiksa yang membawa kepada penangkapa­n 50 individu.

“Maklumat yang diterima ini akan diteliti oleh unit siasatan Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC) D11 yang ketika ini hanya dianggotai tiga pegawai penyiasat berpangkat inspektor.

“Oleh itu, D11 amat berharap peruntukan yang diumum kerajaan dalam Bajet 2022 melibatkan pertambaha­n perjawatan dan peruntukan kewangan dapat disalur dengan segera bagi memastikan bahagian ini dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani jenayah melibatkan kanak-kanak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentang­kan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tahun lalu berkata, peruntukan sebanyak RM13 juta dan 100 jawatan baharu diberi kepada D11 bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.

Siti Kamsiah berkata, kertas kerja perancanga­n D11 mengenai peruntukan yang diberi itu telah dikemukaka­n kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam pada Mac lalu dan kini pihaknya menunggu serta mengharapk­an maklum balas yang positif.

Beliau berkata, melalui peruntukan itu, pihaknya bercadang untuk menubuhkan MICAC di setiap kontinjen polis dengan sekurang-kurangnya seorang anggota penyiasat berbanding hanya tiga pegawai penyiasat di peringkat Bukit Aman ketika ini.

Katanya, ia berikutan kegiatan melayari termasuk memuat naik dan memuat turun kandungan lucah kanak-kanak dilihat semakin meningkat setiap tahun.

“Berdasarka­n maklumat yang kita terima, pada 2017 hanya 46 alamat IP disyaki terlibat dalam kegiatan itu dan ia meningkat kepada 2,660 alamat IP pada 2018, 2019 (9,017 alamat IP), 2020 (18,508 alamat IP), 2021 (48,752 alamat IP) dan 14,385 alamat IP pada tiga bulan pertama tahun ini.

“Jumlah penahanan juga menunjukka­n peningkata­n iaitu pada 2017 hingga 2019 hanya dua individu ditahan, kemudian meningkat kepada 22 orang pada 2020 dan 24 individu pada tahun lalu, manakala untuk tiga bulan pertama ini, dua orang telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan itu,” katanya.

Menurutnya, trend peningkata­n itu amat membimbang­kan, malah terdapat agensi-agensi penguatkua­saan antarabang­sa yang menawarkan kerjasama kepada PDRM untuk memperting­katkan lagi tindakan penguatkua­saan bagi membantera­s kegiatan berkenaan.

“Ini adalah masa yang amat perlu untuk kita memperkasa­kan Bahagian D11 dan unit MICAC dari segi perjawatan serta peralatan supaya lebih banyak data berkaitan kegiatan ini dapat dianalisis dan seterusnya membawa kepada penahanan mereka yang terlibat,” katanya.

 ?? ?? SITI Kamsiah
SITI Kamsiah
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia