Harian Metro

Dua warga Indonesia turut lumba

-

Padah berlumba dan mempamerka­n aksi berbahaya di lebuh raya menyaksika­n 11 penunggang motosikal termasuk dua warga Indonesia ditahan polis di beberapa lokasi di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin.

Semua lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menjalanka­n Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas).

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, 21 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 9 pagi.

“Ketika pemantauan dilakukan di Lebuhraya PLUS, pasukan melihat dua motosikal ditunggang secara bersaing sambil melakukan aksi ‘Superman’ dan ‘zigzag’ bermula dari Kilometer (KM) 269.8 sehingga KM271 arah Kuala Lumpur.

“Pasukan yang mengekori kedua-dua penunggang berjaya menahan mereka ketika berhenti berhampira­n kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban pada jam 1.40 pagi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata, dalam operasi sama, anggota turut menahan empat lelaki yang berlumba dan melakukan aksi berbahaya di KM37.6 sehingga KM43 Lekas arah Seremban.

Menurutnya, semua suspek ditahan di kawasan parkir Jalan KLS 2 Taman Seri Paroi dan belakang premis Jalan Lavender Heights, Seremban pada jam 2.10 pagi. “Pada jam 2.30 pagi, pasukan menahan pula lima lagi lelaki di Jalan Rasah Prima, Seremban, selepas didapati melakukan aksi berbahaya dan bersaing sesama sendiri di sepanjang Lebuhraya PLUS bermula dari KM263 sehingga KM258 arah Seremban,” katanya. Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan sebanyak 36 saman dikeluarka­n.

“Pada jam 2.30 pagi, pasukan menahan pula lima lagi lelaki di Jalan Rasah Prima Mohd Nadzri

 ?? ?? ANTARA penunggang motosikal yang ditahan.
ANTARA penunggang motosikal yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia