Harian Metro

Adik tunai hasrat abang jadi guru

-

Johor Bahru: Adik kepada seorang daripada lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada tengah malam Rabu mahu menunaikan hasrat abangnya menjadi seorang guru.

Iqbal Hamdi Halimi, 19, berkata, dia berhasrat mengajar dan menabur khidmat bakti sebagai guru di Johor seperti diimpikan arwah abangnya Iqbal Hasnun, 23.

“Abang umpama tonggak keluarga bukan sahaja penyayang namun sering menjadi contoh kepada adik-adiknya.

‘Malah sebelum ini, arwah selalu menyatakan mahu mengajar di sekolah lamanya dan kerap menasihatk­an kami sentiasa bertanggun­gjawab menjaga ibu bapa termasuk mengamalka­n bertanya khabar keluarga,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Katanya, meskipun remuk hatinya kerana terlalu rapat dengan abang sejak dari kecil tetapi Iqbal Hamdi tetap reda dengan pemergian arwah yang disifatkan berperibad­i baik dan disenangi ramai.

Seorang lagi adik

Iqbal Hasnun, Aisya Humaira, 4, sering mengungkap­kan bahawa abangberad­a nya kini di syurga dan kamenangis dangkala memanggil nama arwah.

Terdahulu, jenazah Iqbal Hasnun selamat dikebuTami­kan di nah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong di sini 7.30 pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam Rabu itu, lima penuntut USAS yang menaiki kereta Honda City maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu dipandu Muhammad Nasrun Aidol, manakala Ahmad Naim Najmi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala Muhammad Nabil Haikal, Iqbal Hasnun dan Ahmad Akmal duduk di bahagian penumpang belakang.

 ?? ?? ANTARA ahli keluarga arwah Iqbal Hasnun yang hadir di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seelong, Senai.
ANTARA ahli keluarga arwah Iqbal Hasnun yang hadir di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seelong, Senai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia