Harian Metro

Pelihara darjat istana

Sultan Perak beri perkenan Dr Afifi lepas gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

-

Ipoh

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima permohonan Datuk Dr Afifi Al-Akiti untuk berundur daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar Delapan Perak.

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Seri Ayop Hashim berkata, Dr Afifi mengutus warkah semalam memohon perkenan Sultan Nazrin untuk berundur diri daripada menyandang gelaran itu dan warkah beliau diangkat sembah untuk pertimbang­an baginda.

“Baginda menzahirka­n penghargaa­n atas segala khidmat yang diberikan oleh Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan itu untuk dikuatkuas­akan pada 15 Mei (semalam),” katanya, semalam.

Menerusi warkah yang dilampirka­n bersama kenyataan itu, Dr Afifi antara lain menyatakan warkah berkenaan diutuskan susulan penularan bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemarka­n namanya baru-baru ini.

“Saya memilih tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuska­n berlaku perdebatan berpanjang­an yang tidak memberikan sebarang manfaat.

“Bahan-bahan yang ditular juga kelihatan mempersoal­kan kesesuaian peranan saya dengan institusi istana dan mempertika­ikan peranan saya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

“Menginsafi perkara ini jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaska­n darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaik­an hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan,” katanya.

Dr Afifi berkata, keputusan itu dilakukan atas rasa tanggungja­wab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak supaya tidak dicacatkan serta bagi mengelakka­n institusi istana daripada dicemari.

“Saya mengutus warkah ini untuk menyampaik­an hasrat ikhlas berundur diri Dr Afifi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia