Harian Metro

Leka berjudi sampai tak sedar polis tiba

-

Alor Setar: Tindakan segelintir peniaga pasar awam di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, bermain judi belangkas pada waktu tengah malam atau lewat pagi sementara menunggu pemborong menghantar bekalan menerima padah apabila mereka ditahan dalam serbuan polis awal pagi semalam.

Seramai 10 kaki judi yang menjadikan pasar awam itu sebagai port mereka ditahan dalam serbuan Ops Khas /Aidilfitri / Op Dadu jam 2.30 pagi oleh Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, kesemua kaki judi itu terdiri dalam kalangan peniaga pasar berkenaan dan mereka mengaku bermain judi selepas Aidilfitri.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati terdapat sekumpulan lelaki sedang berkumpul mengelilin­gi sebuah meja batu disyaki sedang bermain judi belangkas.

“Berikutan itu, pasukan D7 bertindak menahan 10 lelaki berusia 37 tahun hingga 66 tahun yang disyaki terbabit bermain judi berkenaan.

“Kesemua individu terbabit ditahan dan kita turut merampas wang pertaruhan bernilai RM620 selain beberapa barang rampasan lain yang disyaki digunakan untuk berjudi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suresh berkata, pihaknya akan melakukan serbuan berterusan akan dilakukan untuk membantera­s kegiatan judi di sekitar negeri ini.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Balai Polis Alor Setar untuk

tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.

Suresh berkata, dalam tempoh minggu ini, pihaknya turut melakukan serbuan judi Pok Deng yang berselindu­ng di belakang kedai mengecat kereta di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard dan menahan 16 individu termasuk lima wanita dalam serbuan jam 1 pagi Khamis lalu.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 30-an hingga 70-an ditahan untuk membantu siasatan mengikut seksyen sama.

 ?? ?? SEBAHAGIAN individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit bermain judi belangkas di pasar awam Jalan Tunku Abdul Rahman.
SEBAHAGIAN individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit bermain judi belangkas di pasar awam Jalan Tunku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia