Harian Metro

Wajar tutup tadika, taska

Pakar cadang penutupan premis untuk proses sanitasi jika terdapat kes jangkitan HFMD

- 189 1,089 Oleh Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

Taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) serta rumah asuhan wajar ditutup sekiranya terdapat kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di premis terbabit.

Mencadangk­an tindakan itu, pakar virologi Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penutupan premis berkenaan bagi membolehka­n proses sanitasi dijalankan.

Katanya, ini kerana seperti Covid-19, jangkitan HFMD boleh menular melalui kontak atau sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis pesakit.

“Oleh itu, penjagaan kebersihan termasuk melakukan nyahkuman sangatlah penting bagi memastikan kebersihan sesuatu persekitar­an khususnya di tempat sering disentuh.

“Murid yang sudah terkena jangkitan perlu diasingkan dari sekolah atau pengurusan sekolah dinasihatk­an tidak menerima murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD,” katanya.

Beliau mengulas mengenai data Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang mencatatka­n peningkata­n kes HFMD sejak awal tahun ini hingga Jumaat lalu apabila merekodkan sebanyak 28,957 kes di seluruh negara pada minggu epid ke-19 berbanding untuk keseluruha­n tahun lalu hanya 4,239 kes.

Sehubungan itu, Dr Sazaly turut menasihatk­an golongan ibu bapa meningkatk­an lagi tahap kebersihan khususnya penjagaan kebersihan tangan kepada seluruh ahli keluarga.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, KKM sudah menjangkak­an peningkata­n kes HFMD akan berlaku apabila sektor pendidikan dibuka dan kanak-kanak kembali ke sekolah, Tadika dan Taska.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah akan menentukan sama ada terdapat keperluan menutup sesebuah Taska dan Tadika susulan peningkata­n kes HFMD ketika ini.

 ?? ?? IBU bapa menemani anak mereka ketika aktiviti mewarna selepas melakukan upacara keagamaan semasa meraikan sambutan Hari Wesak di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen Jenjarom Kuala Langat, semalam. Orang ramai yang hadir dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang tertutup selepas negara berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu.
IBU bapa menemani anak mereka ketika aktiviti mewarna selepas melakukan upacara keagamaan semasa meraikan sambutan Hari Wesak di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen Jenjarom Kuala Langat, semalam. Orang ramai yang hadir dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan yang tertutup selepas negara berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia