Harian Metro

Catat 2,373 kes, lima kematian

-

Putrajaya: Kes baharu Covid-19 di negara ini terus mencatatka­n pertambaha­n empat angka sebanyak 2,373 kes setakat, kelmarin.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu dikesan membabitka­n 2,370 kes penularan tempatan dengan tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembang­an itu sekali gus menjadikan sehingga kini jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,475,873 kes.

Setakat kelmarin, negara mempunyai sebanyak 29,762 kes aktif dengan kebolehjan­gkitan dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 95.5 peratus atau 28,425 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu sebanyak 1,261 kes sedang mendapatka­n rawatan di hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (31), ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (16) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (29).

Selangor menjadi negeri tunggal mencatatka­n kes baharu empat angka iaitu sebanyak 1,089 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 359 kes, Pulau Pinang (189), Negeri Sembilan (162), Perak (116), Melaka (97), Pahang (58), Johor (55), Putrajaya (53) dan masing-masing 51 kes di Kedah serta Sabah (51).

Selain itu ialah Sarawak dengan 48 kes, Terengganu (25), Kelantan (11), Perlis (6) dan Labuan (3).

Mengenai kes sembuh di negara ini, setakat kelmarin sebanyak 1,340 kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah individu yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 ialah sebanyak 4,410,499 kes.

Dalam pada itu, terdapat lima kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) kelmarin.

Ia menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 35,612 kes.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia