Harian Metro

Duit raya dalam tong

-

“Banyak aduan dibuat kepada pihak berwajib namun keadaannya masih sama Tan

Kampar: Lazimnya duit raya diisi di dalam sampul namun lain pula kisahnya bagi Nor Shazeila Zainal Abidin, 30, yang menyediaka­n tong berisi duit syiling khusus untuk kanak-kanak datang beraya di rumahnya.

Menariknya kanak-kanak terbabit perlu mengambil sendiri duit syiling berkenaan dengan mengisinya di dalam plastik yang disediakan.

Kaedah digunakann­ya itu mencuri perhatian netizen selepas Nor Shazeila memuat naik video berkenaan di TikTok, baru-baru ini.

Ibu dua anak yang menetap di Kampung Pulai Bergading, Malim Nawar di sini, berkata, itu kali pertama dia menggunaka­n kaedah berkenaan dalam pemberian duit raya dan melakukann­ya bagi mencari kelainan selepas dua tahun tidak menerima kunjungan tetamu.

“Saya ambil inspirasi daripada emak (Rozana Kadir, 60) kerana dahulu dia berikan duit raya dengan cara begitu.

“Kiranya saya ikut kaedah sama bagi mengimbau kenangan beraya zaman dahulu.

“Lagipun tahun ini raya mengejut, jadi tidak sempat tukar banyak duit di bank lebih awal, maka saya guna simpanan duit syiling yang ada sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Shazeila, duit syiling itu adalah koleksi simpananny­a sejak tujuh tahun lalu.

Bagaimanap­un dia tidak mengira berapa jumlah diletakkan di dalam tong berkenaan.

“Mengumpul duit syiling adalah hobi saya dan keluarga memang sokong minat saya itu, cuma pada awalnya hanya mahu duit syiling keluaran 1992 sahaja.

“Oleh kerana tabung lambat penuh, saya kumpul sahaja mana-mana duit syiling diperoleh dan ditemui sejak dua tahun lalu,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? KANAK-KANAK mengambil duit syiling dalam tong disediakan.
KANAK-KANAK mengambil duit syiling dalam tong disediakan.
 ?? ?? AIR sungai berhampira­n kandang babi yang bertukar warna kehitaman. - Gambar NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI
AIR sungai berhampira­n kandang babi yang bertukar warna kehitaman. - Gambar NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia