Harian Metro

Pengguna makin terbeban!

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@ hmetro.com.my

Isu kenaikan harga minyak masak botol sejak kebelakang­an ini mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan pengguna, terutama peniaga makanan.

Lebih membimbang­kan apabila bekalan minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram (kg) juga dikatakan berkuranga­n di pasaran.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya sekitar Bangsar dan Bandar Tun Razak di sini, mendapati harga minyak masak dalam botol naik mendadak dengan kenaikan sekitar RM41 sehingga RM46 bagi setiap botol lima kilogram (kg).

Rata-rata peniaga yang ditemui mengakui berlaku kenaikan harga minyak masak botol sehingga sekitar RM10, namun ia hanya membabitka­n minyak masak campuran bagi beberapa jenama.

Pengurus Operasi Pasaraya Borong Big Nor Masziun Md Nasir berkata, minyak masak campuran dalam botol lebih tinggi harganya berbanding minyak masak tulen yang masih dijual pada harga lama.

“Harga yang masih kekal sebagai contoh minyak masak botol 5kg jenama Saji dan Buruh dijual RM29.70 manakala Seri Murni RM30.85.

“Ia berbeza minyak masak campuran seperti Red Eagle, Knife, Adela dan Neptune yang dijual pada harga sekitar RM39 sehingga RM41,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Beliau berkata, pelanggan kini memilih untuk mendapatka­n minyak paket berbanding botol berikutan harganya yang lebih murah.

Namun, pihaknya terpaksa mengehadka­n pembelian kepada dua paket setiap pelanggan bagi memastikan bekalan mencukupi selain mengelak terdapat peniaga yang mengambil kesempatan memborong minyak masak paket untuk kegunaan perniagaan serta dijual semula pada harga lebih tinggi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkina­n berlaku lagi kenaikan harga minyak masak, Nor Masziun berkata, setakat ini, tiada maklumat daripada pihak pembekal mengenai perkara itu.

Bagi pengguna, Mohd Shahril Azhar, 45, berkata, kenaikan harga minyak masak sebelum ini sudah memberi kesan kepada orang ramai terutama peniaga sepertinya.

“Dengan keadaan sekarang banyak bahan mentah naik harga, sudah tentulah kenaikan harga minyak masak akan menambah beban terutama mereka yang terkesan.

“Saya tidak boleh menaikkan harga makanan yang dijual sesuka hati kerana memahami kehendak pembeli walaupun kos bahan mentah meningkat. Apa yang penting saya dapat tampung kos dan mendapat sedikit keuntungan sudah memadai,” katanya.

Bagi Fatin Syazwanie Suhaimi, 18, kenaikan mendadak itu sememangny­a memberikan kesan yang cukup besar buat golongan berpendapa­tan rendah atau B40. “Bagi keluarga besar macam saya ini, ibu bapa saya selalunya membeli bahan mentah sekali seminggu dan nak beli minyak paket sekilogram tidak berbaloi ditambah pula pembelian hanya dihadkan beberapa paket saja. Jadi, kenaikan harga akan membebanka­n apatah lagi jika keluarga berpendapa­tan rendah,” katanya.

Yan Fazuin Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai jurujual sebuah kedai sejuk beku turut mengakui mendengar ramai mengeluh apabila harga minyak masak pelbagai jenama dalam botol naik.

“Ada peniaga kecil-kecilan yang datang ke kedai beritahu kemungkina­n terpaksa menghentik­an perniagaan kerana tidak mampu menanggung kos bahan mentah yang tinggi, apatah lagi dengan kenaikan harga minyak masak ini,” katanya.

Justeru, Yan berharap kerajaan dan pihak berkaitan dapat melakukan pemeriksaa­n lebih kerap bagi memastikan harga minyak masak tidak naik mendadak sehingga membebanka­n rakyat.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini dilaporkan berkata, minyak masak yang mengalami kenaikan harga sehingga RM10 bagi botol 5kg tidak dikawal mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 kerana ia kategori minyak masak campuran.

Beliau dilaporkan berkata, minyak masak yang didakwa berlaku peningkata­n harga membabitka­n jenama Knife dan Red Eagle yang tidak berada dalam kategori kawalan perundanga­n AKHAP 2011.

Bagaimanap­un, katanya, tidak boleh sesuka hati ‘memainkan’ harga minyak masak campuran di pasaran dan pihaknya mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat mengikut AKHAP berdasarka­n asas mencatut.

“Membebanka­n apatah lagi jika keluarga berpendapa­tan rendah Fatin Syazwanie

 ?? ?? TINJAUAN orang awam membeli minyak masak yang selepas sambutan hari raya Aidilfitri.
TINJAUAN orang awam membeli minyak masak yang selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia