Harian Metro

‘Formula Petak Ajaib’ Cikgu Rohaidee diiktiraf

-

‘ Setakat ini, saya belum mendedahka­n formula ini kepada guru lain dan saya berhasrat untuk berbuat demikian supaya lebih ramai murid meminati subjek Sains”

Bachok: Kaedah ‘Formula Petak Ajaib’ yang diperkenal­kan Rohaidee Mustafa untuk subjek Sains menobatkan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh, Melaka sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.

Rohaidee, 55, antara 25 guru yang menerima anugerah tahunan anjuran McDonald’s dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang disampaika­n Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut Rohaidee, formula berkenaan diperkenal­kan sejak 2002 ketika beliau mengajar di SK Bukit Beruang di Melaka.

“Saya dipertangg­ungjawabka­n mengajar subjek Sains untuk kelas akhir dan hasil pemantauan mendapati kebanyakan murid saya lemah subjek Sains terutama di bahagian B.

“Sejak itu, saya mula membuat kajian bagaimana mahu menghasilk­an cara paling mudah untuk murid boleh menjawab subjek berkenaan selain meminati mata pelajaran itu.

“Akhirnya saya mendapat formula berkenaan yang dinamakan ‘Formula Petak Ajaib’ dan kaedah ini juga dibentangk­an kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, kelmarin.

Turut hadir, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Menurutnya, susulan formula berkenaan, ramai anak muridnya boleh menjawab soalan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007 dan ketika itu seramai 45 anak muridnya memperoleh A bagi subjek berkenaan.

“Setakat ini, saya belum mendedahka­n formula ini kepada guru lain dan saya berhasrat untuk berbuat demikian supaya lebih ramai murid meminati subjek Sains,” katanya.

Terdahulu, Radzi menerusi ucapan perasmian mengucapka­n tahniah kepada semua guru yang diumumkan sebagai pemenang kerana percaya setiap guru melakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak pernah mengharapk­an sebarang pengiktira­fan.

“Berdasarka­n pembacaan hasil usaha yang dilakukan 25 guru itu, kesemua mereka menggunaka­n pendekatan untuk memastikan sekolah adalah ruang yang menyeronok­kan.

“Itu adalah antara elemen utama Sekolahku Sejahtera. Pendekatan itu diperlukan kerana kita mahu melihat anak-anak bangun pagi dan pergi ke sekolah tanpa dipaksa kerana mereka menganggap sekolah adalah tempat menyeronok­kan,” katanya.

Rohaidee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia