Harian Metro

‘Tak sangka kami semua jadi cikgu’

Tiga beradik kongsi keterujaan berkhidmat sebagai pendidik

-

Tidak pernah merancang, semuanya hanya kebetulan. Itu kata-kata seorang daripada anak kepada peniaga Ab Rahim Kudin, 68, dan suri rumah Manisah Pandi, 63, yang kini ketiga-tiganya bergelar warga pendidik.

Anak bongsu pasangan itu, Mohd Muzammil, 29, berkata, beliau dan abangnya Saiful Adli, 38, serta kakak sulung mereka Noor Hasmihan, 43, sama sekali tidak menjangkak­an akan berkongsi kerjaya yang sama.

Beliau yang mula menjadi tenaga pengajar pada 2017 dan kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, di sini, berkata, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beberapa permohonan untuk menyambung pelajaran telah dibuat, namun Institut Pendidikan Guru (IPG) terlebih dahulu menawarkan tempat.

“Laluan di IPG nampaknya lebih mudah buat saya, dan alhamdulil­lah tahun ini sudah lima tahun bergelar seorang guru. Dahulu hanya melihat kakak dan abang bergelar cikgu, kini giliran saya pula,” katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Berkongsi mempunyai kelebihan adik-beradik yang berkerjaya sama, Mohd Muzammil yang merupakan guru Bahasa Melayu dan seorang daripada johan Bahas Guru Peringkat Kebangsaan 2021 berkata, mereka kerap bertukar-tukar pandangan terutama berkaitan pengajaran dan pembelajar­an (PdP).

“Semuanya cikgu termasuk abang ipar saya, jika berkumpul adik-beradik isu yang kerap timbul selain PdP adalah berkaitan murid dan sekolah, sentiasa ada benda yang kami nak bincangkan.

“Malah, saya juga kerap bertanyaka­n pandangan kakak dan abang yang terlebih dahulu ‘makan garam’ dalam bidang ini,” katanya yang aktif membimbing muridnya dalam pantun sehingga bergelar juara peringkat kebangsaan tahun lepas.

Penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2021 itu turut berkata kakaknya yang memulakan kerjaya sebagai warga pendidik pada 2004, kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor Bahru, Johor.

Lebih membanggak­an, Mohd Muzammil dan Saiful Adli masing-masing kini di peringkat akhir pengajian Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengukuran dan Penilaian Pendidikan di Universiti Malaya(UM).

Saiful Adli, guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah di sini pula berkata, minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan mendorong beliau menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

“Selain itu, isteri saya yang merupakan seorang doktor gigi juga antara motivasi untuk sambung belajar. Saya percaya dengan penyelidik­an juga kita mampu mendapat ilmu baharu dan berkongsi semula dengan masyarakat,” katanya yang berharap ibu bapanya bangga dengan kejayaan mereka tiga beradik. Mengulas lanjut, beliau yang merupakan penerima Hadiah Latihan Persekutua­n (HLP) biasiswa Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, antara cabaran yang dihadapiny­a adalah sentiasa perlu mengekalka­n motivasi untuk menyiapkan penulisan penyelidik­an supaya dapat menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan. “Apabila sambung pengajian di peringkat ini, kita perlu banyak membaca dan harus melakukann­ya bersungguh-sungguh,” kata bapa kepada dua anak itu yang menyambung pengajian secara sepenuh masa. Dalam pada itu, kedua-dua beradik berkenaan turut berharap anak didik mereka dapat mengadapta­si ilmu yang dipelajari ketika di sekolah dalam kehidupan seharian sejurus meninggalk­an alam persekolah­an.

“Dahulu hanya melihat kakak dan abang bergelar cikgu Mohd Muzammil

 ?? ?? MOHD Muzammil (kiri) dan abangnya, Saiful Adli (kanan) serta kakak sulung mereka Noor Hashima, 43, sama sekali tidak menjangkak­an akan berkongsi kerjaya yang sama sebagai guru.
MOHD Muzammil (kiri) dan abangnya, Saiful Adli (kanan) serta kakak sulung mereka Noor Hashima, 43, sama sekali tidak menjangkak­an akan berkongsi kerjaya yang sama sebagai guru.
 ?? ??
 ?? ?? DR Radzi (kiri) menyampaik­an anugerah kepada Rohaidee (tengah) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
DR Radzi (kiri) menyampaik­an anugerah kepada Rohaidee (tengah) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia