Harian Metro

Binatang buas tidak diendah

Guru tempuh perjalanan 50km sehari tetap komited tabur bakti kepada murid Orang Asli

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

‘ ‘ Kita sebagai guru tidak Saya mengadakan boleh memandang kelas tuisyen bagi rendah kepada murid subjek Sejarah di dewan pedalaman kerana perkampung­an Orang mereka juga boleh Asli dengan kerjasama cemerlang seperti tok batin” murid lain” Mohd Irfan

Diancam binatang buas dan merempuh perjalanan sejauh 50 kilometer (km) setiap hari untuk menabur bakti kepada murid Orang Asli di Tapah, Perak.

Begitu pengorbana­n perlu ditempuh oleh seorang guru, Mohd Irfan Mustakim Ariffin, 30, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musoh Lz, Tapah sejak lima tahun lalu, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pendidikan (Guru Gigih Pedalaman) dan menerima wang tunai RM5,000.

Mohd Irfan berkata, walaupun mengajar murid Orang Asli di pedalaman, beliau berasa gembira dan sentiasa bersemanga­t untuk mencurahka­n ilmu kepada mereka.

Beliau yang memegang jawatan sebagai Guru Penolong Akademik dan mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani berkata, penghargaa­n diterima itu sangat tinggi serta segala kegigihann­ya selama ini terubat.

“Walaupun pelbagai kesukaran yang mereka (murid Orang Asli) hadapi namun kegigihan kita sebagai guru mereka akan dibalas apabila mereka cemerlang dalam pelajaran.

“Kita sebagai guru tidak boleh memandang rendah kepada murid pedalaman kerana mereka juga boleh cemerlang seperti murid lain,” katanya ketika ditemui di Majlis Apreasiasi Festival Guru Malaysia 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dan turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Sementara itu, Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak, Julita Joseph, 39, yang menerima Anugerah Khas Guru Orang Asli berkata, beliau mengadakan kelas tuisyen secara percuma kepada murid Orang Asli setiap minggu sejak lima tahun lalu.

Katanya, beliau juga sentiasa masuk kampung untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh murid terutama bagi mereka yang tidak hadir ke sekolah.

“Saya mengadakan kelas tuisyen bagi subjek Sejarah di dewan perkampung­an Orang Asli dengan kerjasama tok batin bagi memastikan murid saya cemerlang dan memperoleh sijil bagi mereka yang mahu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekali gus dapat mengubah kehidupan mereka,” katanya yang menerima wang tunai RM5,000.

Julita

 ?? ?? DR Radzi menyampaik­an Anugerah Khas Pendidikan (Guru Gigih Pedalaman) kepada Mohd Irfan.
DR Radzi menyampaik­an Anugerah Khas Pendidikan (Guru Gigih Pedalaman) kepada Mohd Irfan.
 ?? ?? JULITA (kanan) menerima Anugerah Khas Guru Orang Asli.
JULITA (kanan) menerima Anugerah Khas Guru Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia