Harian Metro

Perkembang inisiatif guru ke sekolah lain

-

Bachok: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi perhatian terhadap segala inovasi dan inisiatif dihasilkan guru untuk diperkemba­ng kepada sekolah lain.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia berikutan usaha dilakukan setiap guru terbabit kini hanya kekal di sekolah sahaja.

“Semalam (kelmarin) saya hadir Majlis Penyampaia­n Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dan hari ini (semalam) Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di mana hasil usaha kreatif guru diangkat dengan pemberian anugerah.

“Justeru, kementeria­n akan ambil pendekatan melihat usaha terbaik dilakukan guru pemenang anugerah ini jika sesuai untuk dikembangk­an di sekolah lain supaya ilmu itu dapat disampaika­n secara menyeluruh.

“Apa yang kita lihat ada inovasi guru ini boleh digunakan secara meluas kerana kos tidak tinggi, mengambil masa yang cepat serta pendekatan yang mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Festival Guru Malaysia di Universiti MaPada laysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Aminudin Adam.

majlis itu, Radzi menyampaik­an anugerah kepada 27 guru membabitka­n enam kategori anugerah. Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam konteks pendidikan, Malaysia bukan bersaing di dalam negara sahaja, sebaliknya perlu bersaing di peringkat dunia. “Jika negara lain bergerak ke hadapan dan kita masih kekal dengan budaya, sikap dan pendekatan lama, maka kita akan terus ketinggala­n. “Kita ketinggala­n bukan kerana kita di belakang, sebaliknya negara lain terus ke hadapan. Sebab itu apa yang penting dalam kita menyambut Hari Guru, ini adalah masa untuk kita membuat perubahan dalam struktur pendidikan,” katanya.

“Ada inovasi guru ini boleh digunakan secara meluas kerana kos tidak tinggi Dr Radzi

 ?? ?? DR Radzi (tengah) bersama penerima anugerah, kelmarin.
DR Radzi (tengah) bersama penerima anugerah, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia