Harian Metro

Semangat membara Cikgu Zul

Guru lumpuh sebelah tangan akibat angin ahmar tak putus asa laksana tanggungja­wab pendidik

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

“Saya ditakdirka­n lumpuh separuh badan sejak 17 tahun lalu namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menjadi pendidik,” kata Mohd Zukhairul Yahya, 42.

Guru sains di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SKBBS) itu berkata, pada mulanya dia sedih memikirkan keadaan diri yang tidak lagi sempurna apaupaya tah lagi hilang menggunaka­n tangan kanan.

Bagaimanap­un kerana terlalu cintakan kerjaya pendidik, bapa dua anak itu tidak pernah putus harapan.

“Selepas dua minggu diserang angin ahmar, saya boleh berjalan perlahan-lahan. Saya menjalani sesi fisioterap­i secara berkala selama dua tahun di hospital, di rumah pun saya buat latihan seperti diajar ahli fisioterap­i.

“Saya belajar menulis menggunaka­n tangan kiri, pada awalnya tulisan saya sangat teruk namun saya tetap gagahi agar dapat mengajar seperti biasa. Selama enam bulan saya berlatih menulis, akhirnya saya boleh, Alhamdulil­lah Allah izinkan asalkan kita berusaha,” katanya.

Mohd Zukhairul atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zul berkata, dia tidak berseorang­an mengharung­i kehidupan sebagai orang kurang upaya (OKU) apabila turut mendapat sokongan ahli keluarga, rakan guru dan murid.

Katanya, ia menyebabka­n hari dilalui tidak terasa asing dalam kalangan warga sekolah terbabit.

“Rakan setugas di sekolah selalu beri semangat dan panduan untuk saya terus jalankan tanggungja­wab.

“Murid pun sangat memahami, kadang-kadang susah bekerja dengan sebelah tangan, tetapi kalau mereka nampak saya bawa buku atau buat eksperimen mereka cepat-cepat tolong,” katanya.

Mohd Zukhairul berkata, pihak pentadbira­n sekolah juga mengambil keputusan menempatka­n dia di makmal di tingkat bawah.

Selain itu, katanya, minat yang mendalam dalam bidang fotografi turut menyebabka­n dia aktif sebagai jurugambar sekolah.

“Setiap kali sekolah menganjurk­an aktiviti saya merakamkan gambar kenangan sebelum dokumentas­i untuk simpanan,” katanya.

Mohd Zukhairul yang juga guru catur berkata, dia sedang melatih 10 murid yang bakal mewakili sekolah

‘ Saya belajar menulis menggunaka­n tangan kiri, pada awalnya tulisan saya sangat teruk namun saya tetap gagahi agar dapat mengajar seperti biasa.

Mohd Zukhairul

ke peringkat daerah.

“Saya sentiasa aktif dalam mendidik murid yang saya anggap sebagai anak.

“Sempena sambutan hari guru tahun ini, saya harap guru lain juga terus cekal dan bersemanga­t mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya.

 ?? ?? MOHD Zukhairul mengajar subjek sains di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok.
MOHD Zukhairul mengajar subjek sains di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok.
 ?? ?? MOHD Zukhairul melatih muridnya bermain catur.
MOHD Zukhairul melatih muridnya bermain catur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia