Harian Metro

Dialog kotaraya

Pengguna terpaksa berhadapan dengan dua kali kenaikan harga iaitu sebelum pelaksanaa­n gaji minimum dan kini kenaikan kali kedua pasca pelaksanaa­n gaji minimum

- Oleh juragan

Seperti dijangka penetapan kadar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei serta perang antara Rusia dan Ukraine mula dijadikan alasan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmat­an sehingga pengguna semakin tertekan untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Misalnya, menjelang hujung

Mei ini harga semua barang keperluan dijangka melonjak sekitar 50 hingga 60 peratus susulan pelaksanaa­n gaji minimum RM1,500 dan sikap peniaga yang tamak untuk mendapat untung besar. Hakikatnya beberapa harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua jenis sayur-sayuran sudah naik mendadak sebelum Aidilfitri baru-baru ini. Ironinya, kenaikan harga barangan keperluan asas, misalnya banyak melibatkan barang mentah dan ini sekali gus memberi kesan berantaian membabitka­n kedai makan dan restoran yang akhirnya terpaksa menaikkan harga jualan.

Secara prinsipnya, harga barangan bergantung kepada permintaan serta penawaran barang berkenaan dan peniaga melihat kenaikan gaji minimum akan meningkatk­an kuasa beli pengguna, justeru peniaga mula mengambil kesempatan untuk meningkatk­an harga.

Keadaan menjadi semakin parah apabila faktor sampingan lain turut memberikan impak kenaikan harga seperti perang Rusia dan Ukraine yang menjejaska­n sektor import sehingga penawaran berkuranga­n sedangkan permintaan terus meningkat. Akhirnya, peniaga memilih jalan mudah dengan menaikkan harga, manakala pengguna pula tersepit dan tiada pilihan lantas terpaksa membeli demi kelangsung­an hidup.

Jujurnya, pada ketika ini pengguna terpaksa berhadapan dengan situasi dua kali kenaikan harga di mana harga barangan telah naik sebelum pelaksanaa­n gaji minimum iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan sekarang berhadapan dengan kenaikan kali kedua pasca pelaksanaa­n gaji minimum. Situasi ini menyaksika­n kos sara hidup harian pengguna semakin meruncing dan ramai mula tertekan. Jelas sekali kesejahter­aan hidup rakyat pada saat ini sangat terjejas.

Walaupun gaji minimum naik tetapi kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan yang mula disifatkan sebagai ‘harga Yahudi’ menyebabka­n pengguna seolah-olah tidak dapat sebarang faedah tambahan untuk nilai gaji baharu kerana jumlah perbelanja­an harian terus bertambah. Ringkasnya, apa yang kita lihat sekarang ialah kenaikan harga barangan tidak sepadan dengan pertambaha­n pendapatan dan akhirnya menjadi wal hasil balik asal.

Niat kerajaan untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah dengan menaikkan kadar gaji minimum adalah sangat baik dan dialu-alukan, namun sikap tamak dan tidak bertanggun­gjawab peniaga menjejaska­n manfaat penetapan kadar gaji minimum yang patut dinikmati rakyat.

Tatkala kehidupan rakyat semakin terhimpit dan keadaan ekonomi belum pulih susulan serangan pandemik sejak dua tahun lalu, kita tidak boleh membiarkan peniaga pula memberi tekanan tambahan kepada pengguna. Sepatutnya peniaga sama-sama memahami keadaan ekonomi rakyat dan bertindak dengan lebih bertanggun­gjawab dan bukannya mementingk­an diri sendiri. Ini bukan masanya untuk mengejar keuntungan dengan cara menaikkan harga dan menyusahka­n kehidupan rakyat.

Justeru, diharap pihak berkuasa akan terus memantau dan menguatkua­sakan undang-undang tanpa kompromi ke atas semua peniaga yang degil dan cuba mengambil kesempatan serta meraih keuntungan segera

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia