Harian Metro

Terengganu bakal keluar makanan untuk ternakan

-

Kuala Terengganu: Terengganu bakal mengeluark­an makanan untuk ternakan apabila sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta bersetuju melabur sebanyak RM200 juta untuk pembinaan kilang di Bukit Kor, Marang.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Makanan, Perladanga­n, Komoditi dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan sudah mengenal pasti tapak dan bersetuju meluluskan sebidang tanah untuk projek pembinaan kilang makanan ternakan berkenaan.

Katanya, apabila kilang itu beroperasi kelak, kerajaan mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan import sebanyak 80 peratus dengan memanfaatk­an sumber tempatan untuk menghasilk­an makanan ternakan.

“Punca utama menyebabka­n berlaku kenaikan harga ternakan disebabkan kebergantu­ngan keterlalua­n kepada bahan mentah terutama jagung bijirin dan kacang soya yang diimport dari luar negara.

“Kita mampu mengurangk­an kebergantu­ngan bahan import sehingga 80 peratus apabila menggunaka­n sumber tempatan untuk menghasilk­an makanan ternakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi merasmikan pelancaran Halaqah Veterinar dan Kempen Kesedaran Penyakit Haiwan peringkat negeri anjuran bersama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) negeri dan Jabatan Pertanian negeri (JPN).

Dr Azman berkata, antara bahan mentah tempatan akan digunakan untuk menghasilk­an makanan ternakan adalah rumput licin, ikan baja, ikan talapia hitam selain kacang soya serta jagung bijirin,

 ?? ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni Keluarga Malaysia sebaik tiba di tanah air kira-kira 9.30 pagi semalam di Pangkalan Tentera Udara Subang, selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni Keluarga Malaysia sebaik tiba di tanah air kira-kira 9.30 pagi semalam di Pangkalan Tentera Udara Subang, selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia