Harian Metro

20 inisiatif boleh dimanfaat belia

Sumbangan generasi muda diperlukan bagi memperkuku­h semangat Keluarga Malaysia

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Golongan belia diingatkan supaya memanfaatk­an masa muda sebaik mungkin dengan menggunaka­n peluang untuk membangunk­an negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembabitan dan sumbangan generasi muda sangat diperlukan dalam memperkuku­hkan semangat Keluarga Malaysia.

Katanya, kerajaan sentiasa mengiktira­f sumbangan, pencapaian, usaha, daya bangkit dan suara seluruh warga belia, malah sentiasa peka dan prihatin dengan isu yang melanda golongan terbabit khususnya dalam menurunkan kadar penganggur­an.

“Lebih 20 inisiatif yang boleh dimanfaatk­an golongan belia secara langsung atau tidak langsung melalui

Bajet 2022.

“Penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan sejajar dengan perkembang­an sektor perniagaan yang sekali gus akan menempatka­n ekonomi pada landasan pemulihan yang tepat.

“Komitmen JaminKerja menjamin 600,000 peluang pekerjaan terutamany­a dalam menyediaka­n peluang pekerjaan kepada golongan muda dengan peruntukan bernilai RM4.8 bilion.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sedang merangka Pelan Kebangsaan Pemerkasaa­n Ekonomi Belia untuk hala tuju strategik dalam meningkatk­an kebolehpas­aran dan tahap ekonomi belia,” katanya dalam ucapan sempena Hari Belia Negara yang bertemakan Ini Masa Kita, semalam.

Beliau berkata, dalam Bajet

2022, kira-kira RM1.2 bilion diperuntuk­kan untuk pelbagai inisiatif bagi manfaat golongan belia termasuk Program ePemula kepada dua juta belia yang berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia 4 (SKM4) dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Katanya, program ini adalah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang meringanka­n beban kewangan belia dan memupuk budaya transaksi tanpa tunai di kalangan belia dengan peruntukan berjumlah RM300 juta sudah dinikmati warga belia.

“Kerajaan juga menawarkan inisiatif PerantiSis­wa Keluarga Malaysia membekalka­n tablet kepada pelajar B40 di institusi pengajian tinggi membabitka­n kos sebanyak RM450 juta bermula Jun ini yang memanfatka­n kira-kira

“Kerajaan memperkena­lkan inisiatif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berusia 18 hingga 30 tahun dengan insentif RM900 sebulan selama enam bulan bagi membolehka­n belia menjayakan agenda pemulihan melalui alam pekerjaan.

“Bagi belia yang cenderung ke arah keusahawan­an, kerajaan turut menyediaka­n pelan pembiayaan bernilai RM150 juta melalui Bank Simpanan Nasional dan Agrobank untuk diakses,” katanya.

Ismail Sabri berkata, belia memainkan peranan yang lebih besar dalam pembentuka­n negara bangsa terutama memilih pemimpin negara selaras dengan pelaksanaa­n Pindaan Undang-undang Perlembaga­an Persekutua­n. 350,000 mahasiswa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia