Harian Metro

Dugaan Sum-Sum

Penduduk dilanda kepala air kini terpaksa bina hidup baru

- Oleh Roselan Ab Malek am@hmetro.com.my

Banjir kilat akibat kepala air pada Rabu lalu membuatkan Kampung Sum-Sum di Janda Baik di sini, dipenuhi perabot, peralatan elektrik dan barangan berlumpur di luar rumah manakala beberapa kenderaan rosak selepas dihanyutka­n arus.

Pekerja kilang, Kamarul Azzra Rais, 34, berkata banjir berkenaan bukan sahaja menyebabka­nnya kehilangan harta benda, malah kereta Proton Saga FLX miliknya turut dihanyutka­n kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Kebiasaann­ya saya akan mengembara sebagai jurugambar bebas dengan kereta itu namun sekarang semuanya hilang dan saya perlu membuat perancanga­n baru untuk membina semula kehidupan kerana isteri tidak bekerja dan mempunyai anak kembar tiga yang baru berusia tiga tahun.

“Sekarang kami sedang menumpang di surau buat sementara kerana proses pembersiha­n akan mengambil masa yang agak lama,” katanya yang tinggal berhampira­n Sungai Sum-Sum bersama ibu dan adik-beradik lain di rumah berasingan.

Kamarul Azzra berkata, kejadian banjir kilat pada minggu lalu mengejutka­n penduduk kampung kerana penempatan itu terletak di kawasan berbukit, malah tidak terjejas ketika banjir melanda Janda Baik, tahun lalu.

“Tiada siapa menjangkak­an kejadian itu akan berlaku, malah tiada seorang pun daripada kami bersedia menghadapi­nya.

“Hujan lebat sejak jam 1 pagi dan kira-kira dua jam kemudian, kepala air melanda kampung dan menenggela­mkan kawasan sekitar,” kata anak sulung daripada sembilan beradik itu.

Penduduk lain Mohd Anif Borhan Hassan, 36, berkata, air banjir sedalam kira-kira satu meter masuk ke dalam rumah dan kebanyakan perabot kayu di ruang tamu dan bilik tidur turut terapung sehingga beberapa kucing memanjat tilam untuk menyelamat­kan diri.

“Keluarga saya tidak pernah mengalami kejadian banjir dan kami hanya sempat mengambil beberapa dokumen sebelum berlari ke arah kawasan berbukit berhampira­n,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN pasca banjir di Kampung Sum Sum, Janda Baik yang terkesan akibat banjir kilat dan fenomena kepala air. - Gambar NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
KEADAAN pasca banjir di Kampung Sum Sum, Janda Baik yang terkesan akibat banjir kilat dan fenomena kepala air. - Gambar NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia