Harian Metro

Wanita Syria warisi seni pembuatan replika Ayah Wan

-

Kuala Terengganu: “Harapan sudah pudar untuk melihat pembuatan replika bot dan kapal layar diwarisi kerana tiada pewaris namun hadir seorang insan yang sanggup belajar untuk meneruskan pembuatann­ya.”

Begitu kata Wan Nordin Wan Abdullah, 66, dari Kampung Pulau Duyung, di sini, berhubung detik perkenalan secara kebetulan dengan warga Syria Rozan Tahhan, 30, kira-kira dua tahun lalu yang bersedia mempelajar­i ilmu dan kemahiran dimilikiny­a.

Wan Nordin berkata, pertemuan dengan wanita kelahiran Damascus itu membuka lembaran baru kerana wanita berkenaan kini mahir membuat replika bot dan kapal layar.

Katanya, kemahirann­ya membuat replika sejak 45 tahun lalu diibaratka­n kembali bernafas berikutan sudah ada seorang yang sudi belajar dan boleh membina sesebuah replika dengan sempurna.

“Dalam tempoh dua tahun, Rozan datang ke bengkel pertukanga­n saya untuk mempelajar­i ilmu membuat replika bot dan kapal layar hingga wanita Arab terbabit sudah boleh menyiapkan replika yang dihasilkan­nya.

“Saya sangka individu tempatan yang ingin mempelajar­inya berikutan pernah menjadi tenaga pengajar selama tiga tahun di sebuah yayasan di negeri ini, namun sebaliknya yang berlaku,” katanya yang pernah terbabit secara langsung dalam penganjura­n Piala Monsun.

Wan Nordin atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Wan berkata, kehidupann­ya sebagai pelaut sejak 1977 memberikan­nya kelebihan sama ada dalam dunia laut mahupun dalam bidang pertukanga­n.

Menurutnya, Pulau Duyung sebelum ini menjadi salah satu tempat persinggah­an pemilik kapal layar dan pulau berkenaan juga amat terkenal dalam pembuatan kapal layar yang ditempah individu dari Eropah dan negara serantau. Katanya, dia juga akan melakukan ‘pandu uji’ apabila sesebuah kapal layar siap dan sesetengah­nya akan dihantar kepada pemilik melalui pelayaran.

“Kapal layar dibina oleh tukang-tukang mahir dan saya pula melakukan kerja akhir dengan menyiapkan layar, kabin dan sebagainya sebelum dipandu uji atau dihantar terus kepada pelanggan. “Kebiasaann­ya kita akan membuat pelayaran ke Thailand, Singapura dan Indonesia, namun ketika menunggu sesebuah kapal layar siap saya akan membuat replika bertujuan untuk dijual,” katanya yang sudah melakukan pandu uji terhadap lebih 30 kapal layar sepanjang terbait dalam bidang itu.

Katanya, zaman kegemilang­an pembuatan bot dan kapal layar semakin malap, manakala kini hanya dia sahaja masih tinggal bagi pembuatan replika kapal layar serta bot.

Sementara itu, Rozan yang juga ibu kepada seorang anak berkata, kali pertama melihat replika kapal layar dan bot tradisiona­l di bengkel Ayah Wan, dia mula jatuh cinta dan sebaik diberi peluang untuk mempelajar­i ilmu pembuatann­ya dia terus bersetuju.

“Bukan mudah untuk membuat replika bot atau kapal layar, namun minat terhadap hasil seni ini membuatkan saya nekad untuk belajar.

“Hingga kini, beberapa replika sudah saya siapkan hasil tunjuk ajar Ayah Wan, dan dengan kekangan waktu yang ada saya tetap meluangkan masa untuk terus mendalami ilmu pembuatann­ya,” katanya yang ju

ga penuntut Universiti Damascus, Syria yang menetap di negara ini sejak tujuh tahun lalu.

“Rozan datang ke bengkel saya untuk mempelajar­i ilmu membuat replika bot Wan Nordin

 ?? ??
 ?? ?? ROZAN menunjukka­n replika bot hasil tangannya.
ROZAN menunjukka­n replika bot hasil tangannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia