Harian Metro

‘Seekor ayam boleh cecah RM30’

Pengguna kekal terbeban apabila harga bahan mentah terus catat kenaikan sejak Aidilfitri lalu

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

‘ Ayam pun ada kawasan jual sehingga RM10.50 walaupun ia sepatutnya dijual pada harga kawalan”

Harga bahan mentah terutama sayuran dan hidupan laut yang naik mendadak sejak Aidilfitri lalu menyebabka­n pengguna bukan sahaja terbeban, malah terpaksa mengehadka­n perbelanja­an.

Tinjauan di pasar basah di Pandan di sini, mendapati ramai pengguna mengeluh dengan perkembang­an itu apabila barang dibeli tidak sebanyak seperti sebelum Ramadan lalu.

Suri rumah, Sharkitini Ishak, 47, berkata, keluargany­a sangat terkesan dengan kenaikan mendadak harga barangan mentah terutama sayuran dan ikan.

Katanya, sebelum ini dia dapat membeli empat jenis sayuran dengan harga RM20 namun kini hanya memperoleh dua jenis sayuran.

“Sejak Aidilfitri lalu harga bahan mentah naik mendadak terutama sayuran dan hidupan laut. Jika dulu belanja RM200 boleh dapat pelbagai jenis lauk. Namun sekarang hanya boleh beli tiga jenis sayuran, ikan dan ketam.

“Ayam pun ada kawasan jual sehingga RM10.50 sekilo walaupun ia sepatutnya dijual pada harga kawalan. Ayam segar ketika ini pula besar-besar sampai 2.5 kilogram seekor. Kalau nak beli seekor ayam pun harganya sampai RM30, jadi pengguna macam saya memang sangat terbeban.

“Oleh kerana harga melonjak naik, saya terpaksa bertukar pada menu makanan lebih murah seperti telur selain banyak menyediaka­n masakan berkuah seperti soto dan laksa,” katanya.

Pengerusi Persekutua­n Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee dilaporkan berkata kenaikan harga sayur turut diburukkan dengan kekurangan tenaga buruh asing di ladang sayur seluruh negara.

Penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 48, berharap kerajaan bertindak tegas memastikan harga bahan mentah tidak terus melonjak naik, sekali gus membebanka­n pengguna.

Katanya, dia yang berpendapa­tan tetap juga menerima tempias bebanan berikutan kenaikan harga apatah lagi mereka yang bekerja dengan gaji tidak tetap.

Sementara itu, penjual hidupan laut, Jamal Ahmad, 43, berkata harga ikan melonjak sejak Aidilfiri lalu berikutan bekalan yang kurang selain faktor cuaca.

“Hampir semua ikan, udang, ketam dan sotong naik harga bermula Aidilfitri lalu. Antara ikan pilihan ramai yang naik harga adalah ikan selayang, kembung dan tenggiri.

“Ikan selayang naik RM4.50 kepada RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 pada Ramadan lalu. Kembung naik RM3 ke RM19 berbanding RM16 manakala tenggiri naik paling tinggi iaitu RM6 daripada RM29 sekilogram kepada RM35 ketika ini,” katanya.

Sharkitini

 ?? ??
 ?? ?? JAMAL (kanan) membantu pelanggan memilih ikan yang dijual di gerainya di Pandan, Johor Bahru, semalam.- Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JAMAL (kanan) membantu pelanggan memilih ikan yang dijual di gerainya di Pandan, Johor Bahru, semalam.- Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia