Harian Metro

‘Bukan nak jadikan warga Malaysia’

-

Kuala Penyu: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menyifatka­n pengeluara­n kad warga asing di Sabah memerlukan kehendak politik antara semua pemimpin kerajaan di negeri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kad terbabit bukan pemberian status warganegar­a atau status penduduk tetap, sebaliknya untuk mengetahui keberadaan golongan berkenaan di negeri ini.

Menurutnya, masalah sosial berhubung ibu bapa atau anak yang dilahirkan tanpa memiliki dokumen tetapi menetap lama di Sabah diibaratka­n sebagai ‘bom jangka’.

“Kad warga asing ini kita perlukan political will (kehendak politik). Saya sudah cakap banyak kali kita tidak mahu nanti ada masalah sosial di Sabah sebab ada orang dilahirkan di sini (Sabah) oleh ibu bapa yang tiada dokumen dan mereka juga dilahirkan tanpa dokumen.

‘ Saya mahu ada political will di kalangan semua pemimpin di Sabah ini untuk memastikan kita cari satu kaedah untuk kita selesaikan”

“Akhirnya ia menjadi satu masalah yang berleluasa sehingga menjadi satu masalah besar dan ia boleh menjadi ‘bom jangka’.

“Maka sebab itu saya mahu ada political will di kalangan semua pemimpin di Sabah ini untuk memastikan kita cari satu kaedah untuk kita selesaikan,” katanya.

Hamzah berkata, kad warga asing dilihat berperanan membantu kerajaan untuk mengesan dan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu di kalangan golongan terbabit yang melakukan kesalahan undang-undang.

“Bukan bermakna kita nak jadikan mereka warganegar­a, tidak. Tapi mahu memastikan ada identiti supaya boleh kita memastikan sesiapa saja yg melakukan kesalahan undang-undang dalam negara ini boleh diambil tindakan dan segala apa yang diperlukan.

“Contohnya kalau kita perlu tenaga kerja, kalau mereka boleh bekerja... apa salahnya? Itu semua kita boleh lakukan tanpa kita berikan status warganegar­a kepada mereka,” katanya.

Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia