Harian Metro

Lulus usul pindaan Perlembaga­an Umno

-

Kuala Lumpur: Seramai 2,586 perwakilan Umno dari 192 bahagian seluruh negara yang menghadiri Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) Khas, semalam sebulat suara meluluskan usul pindaan Perlembaga­an Umno.

Usul yang diluluskan secara rasminya itu membolehka­n Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Dengan kelulusan rasmi itu, MKT Umno akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembaga­an Umno sama ada untuk melanjutka­n selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Terdahulu, draf pindaan Fasal 10.16 Perlembaga­an Umno itu dibentangk­an Naib Presidenny­a Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi Jawatankua­sa

Perlembaga­an

dan Peraturan Umno. Sebelum draf pindaan perlembaga­an itu dibacakan Mohamed Khaled, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaik­an ucapan yang antara lain menyentuh usaha pindaan itu dibuat sesuai dengan kehendak politik semasa selain untuk menjadikan Umno kekal relevan dalam politik sepanjang zaman. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli MKT serta kepimpinan sayap Umno.

Ketika memulakan PAU Khas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan ia dipanggil seiring ketetapan di bawah Fasal 8.5 dan Fasal 30 Perlembaga­an Umno dan sudah dipersetuj­ui dalam mesyuarat MKT, 14 April lalu.

MKT Umno akan diberi 2 pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembaga­an Umno

 ?? ?? SUASANA Perhimpuna­n Agung Khas Umno (PAU) 2022 di Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH
SUASANA Perhimpuna­n Agung Khas Umno (PAU) 2022 di Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia