Harian Metro

Ibu harap keajaiban

Doktor sahkan keadaan anak hidap ALL membimbang­kan

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Sebagai ibu saya mahu penuhi impiannya dan harapkan ada keajaiban dia sembuh,” kata Mazatul Rohana Saleh, 50, ibu kepada Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri, 15, pesakit kanser Acute Lymphoblas­tic Leukaemia (ALL) tahap akhir.

Menurut Mazatul Rohana, anak keempat daripada lima beradik yang disahkan menghidap kanser sejak 2021 itu dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis lalu selepas beberapa hari menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Katanya, kepulangan Muhammad Irfan Mikail ke rumahnya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis kali ini diselubung­i rasa pilu kerana doktor mengesahka­n keadaan penyakitny­a bertambah membimbang­kan.

“Jantung saya ibarat direntap selepas diberitahu doktor mengenai perkembang­an penyakit Muhammad Irfan namun sebagai ibu, saya masih berharap jika ada keajaiban.

“Sebelum ini dia hanya mahu makan masakan saya iaitu sambal ikan bilis petai yang juga kegemarann­ya, namun sejak kebelakang­an ini dia sudah tiada selera makan,” kata peniaga makanan itu ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, Muhammad Irfan Mikail disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas tiba-tiba mengalami sesak nafas dan bengkak di muka serta anggota badan.

Mazatul Rohana berkata, anaknya sebelum ini adalah remaja periang dan lasak serta disenangi guru dan rakan di sekolah.

Katanya, minggu lalu Muhammad Irfan Mikail yang bercita-cita mahu menjadi juruterban­g memberitah­unya bahawa dia mahu menaiki pesawat pejuang.

Menurutnya, buntu bagi menunaikan hasratnya, dia menghubung­i Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib dua hari lalu untuk membantu merealisas­ikan hasrat anaknya itu.

“Tidak sangka pula apabila saya diberitahu TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) sudi menunaikan permintaan itu. Tiada yang dapat saya katakan selain daripada syukur dan terima kasih kepada TUDM dan FOCCAN,” katanya.

Sementara itu Maznah ketika dihubungi berkata, pihaknya juga mengucapka­n terima kasih kepada TUDM yang berpangkal­an di Butterwort­h atas timbang rasa dalam menunaikan hasrat akhir remaja berkenaan yang dijangka berlangsun­g Rabu ini secara tertutup.

“Difahamkan penglihata­n Muhammad Irfan Mikail tidak begitu baik berikutan urat matanya sudah pecah namun kita berdoa semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN Muhammad Irfan Mikail (kiri) yang menghidap kanser Acute Lymphoblas­tic Leukaemia (ALL) tahap akhir.
KEADAAN Muhammad Irfan Mikail (kiri) yang menghidap kanser Acute Lymphoblas­tic Leukaemia (ALL) tahap akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia