Harian Metro

Kumpulan usahawan mikro saja dikecuali laksana gaji minimum: Noh

-

Tanjong karang: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi memperinci­kan hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecuali­an bagi pelaksanaa­n Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.

“Pengecuali­an pelaksanaa­n PGM 2022 diputuskan dalam Kabinet. Yang dikecualik­an mungkin istilah (perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)) tetapi kumpulan yang dikecualik­an ialah usahawan mikro.

“Tafsiran usahawan mikro ini ialah mana-mana usahawan atau syarikat yang pendapatan­nya di bawah RM300,000 ke bawah dan mempunyai pekerja tidak lebih lima orang,” kata Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Tan Sri

Noh Omar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, Noh berkata, pihaknya menggalakk­an mana-mana usahawan mikro untuk melaksanak­an PGM 2022 seiring dengan penguatkua­saannya bermula 1 Mei lepas.

“Kalau ada mana-mana usahawan mikro yang boleh membayar lebih mengikut gaji minimum itu amat digalakkan. Kita tidak mahu kalau ada usahawan tidak mampu.

“Dianggarka­n 46,000 yang gulung tikar adalah kumpulan usahawan mikro. Apabila dia (usahawan mikro) baru nak bangkit dan kalau kita memaksa mereka untuk membayar gaji minimum RM1,500, saya bimbang mereka akan tertekan,” katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata, majikan yang terbabit dalam PMKS diberi pengecuali­an pelaksanaa­n PGM 2022 sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanap­un, Awang berkata, majikan terbabit dalam bidang profesiona­l seperti peguam dan doktor tetap perlu mengikut pelaksanaa­n PGM yang perlu membayar gaji RM1,500 kepada setiap seorang pekerja.

Pada 27 April lalu, kerajaan mewartakan pelaksanaa­n gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lepas.

Menurut PGM, bagi majikan yang menggajika­n lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalanka­n sesuatu aktiviti profesiona­l dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020, kadar gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei. - Bernama

 ?? ?? NOH
NOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia