Harian Metro

36 pemula niaga dipilih sertai program MYStartup

-

‘ Finalis yang berjaya dalam Hari Demo berpeluang menerima pembiayaan dalam bentuk geran daripada Cradle di bawah program pembiayaan CIP SPARK yang bernilai sehingga RM150,000.

Kuala Lumpur: Sejumlah 36 pemula niaga peringkat awal yang berkualiti tinggi dipilih untuk mengambil bahagian dalam program prapemecut MYStartup yang baru-baru ini dilancarka­n Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Mosti dalam satu kenyataan bersama dengan agensi pelaksanan­ya, Cradle Fund Sdn Bhd berkata, program itu bertujuan memberi inspirasi kepada pemula niaga peringkat awal sambil menawarkan bimbingan serta pedoman dalam membuat strategi perniagaan, akses ke pasaran dan pembiayaan.

Peserta dalam program ini menjalani proses pemilihan empat peringkat yang ketat sebelum mendapatka­n manfaat seperti peluang rangkaian dengan pemain industri utama, pelabur berpotensi dan pakar perniagaan.

Mereka juga mendapat faedah daripada mentor keseluruha­n tema program yang merangkumi bimbingan kepakaran, sesi mentor, kajian pertengaha­n penggal termasuk laluan kepada kursus pembelajar­an atas permintaan yang dapat diakses para peserta.

“Bagaimanap­un, faedah sebenar yang menunggu pemula niaga yang mengambil bahagian berada di penghujung program.

“Finalis yang berjaya dalam Hari Demo berpeluang menerima pembiayaan dalam bentuk geran daripada Cradle di bawah program pembiayaan CIP SPARK yang bernilai sehingga RM150,000,” katanya.

Ini tambahan kepada peluang pelaburan dan pecutan sehingga RM50,000 sebagai ekstra kepada tawaran menyertai program pemecut BEYOND4.

Ekosistem BEYOND4 terdiri daripada lima pemecut pelbagai peringkat digital, yang direka bagi semua bakat, dari universiti sehingga kepada pemupukan dan pelaburan dalam pengasas pemula niaga.

Mosti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia