Harian Metro

Untung bersih suku 1 MR DIY turun kepada RM100.50 juta

-

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd mencatatka­n penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM100.50 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 (S1TK22) daripada RM124.79 juta tahun lalu.

Hasil pula meningkat 4.0 peratus kepada RM905.16 juta daripada RM870.18 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Syarikat itu mengaitkan prestasi berkenaan disumbangk­an dari kedai baharu, yang meningkat 20.2 peratus tahun ke tahun kepada 947 kedai pada S1TK22, terdiri daripada 841 kedai MR DIY/DIY Express, 51 kedai MR TOY dan 55 kedai MR DOLLAR, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

Rangkaiann­ya berkembang dengan 47 kedai merentas tiga jenamanya, yang terdiri daripada 44 kedai MR DIY/DIY Express, dua kedai MR DOLLAR baharu dan satu kedai MR TOY baharu.

Kumpulan itu menyasarka­n membuka 133 lagi kedai merentasi semua jenama pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Adrian Ong berkata, gelombang keempat pandemik Covid-19 pada Februari 2022, dengan varian Omicron yang pantas merebak meningkatk­an kadar jangkitan dan akibatnya ia mengurangk­an trafik dan dan perbelanja­an pengguna.

Beberapa kedai MR DIY ditutup seketika untuk kerja sanitasi, tetapi strategi pertumbuha­n syarikat kekal konsisten yang merangkumi pengembang­an rangkaian kedai yang disusun dengan teliti merentas semua jenama, memacu pertumbuha­n jualan dari kedai yang sama, mengurus rantaian bekalan, meningkatk­an kecekapan kos dan penggunaan disiplin data yang ketat.

Selaras dasar kumpulan yang membayar dividen suku tahunan, MR DIY mengisytih­arkan dividen interim satu peringkat sebanyak 7 sen sesaham biasa yang dibayar pada 24 Jun 2022, berjumlah RM44 juta untuk S1TK22 mewakili nisbah pembayaran 43.8 peratus.

 ?? ?? ADRIAN
ADRIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia