Harian Metro

MENGAKU SALAH PERCATURAN

Danial Lee berusaha perkukuh kedudukan dalam industri tempatan selepas tenggelam sekian lama Saya memutuskan untuk cuba hasilkan album berbahasa Cina kerana berhajat menembusi industri muzik di China dan Taiwan. Bagaimanap­un, ia tidak semudah disangka dan

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Mengecap nama selepas menjuarai program realiti Malaysian Idol 2 (MI2) pada 2005 ternyata bukan jaminan kukuh untuk Daniel Lee terus bersinar di persada hiburan tempatan.

Daniel, 40, berjaya meraih perhatian juga selepas itu dengan lagu Mimpi. Bagaimanap­un, namanya terus tenggelam dalam kalangan pendengar arus perdana kerana tiada lagi lagu Melayu dihasilkan.

Daniel ketika ditemui mengakui namanya jadi ‘sepi’ angkara silap percaturan selepas MI2.

Katanya, akibat tidak berfikir panjang dan mentah dalam membuat keputusan, ia memberi impak cukup besar dalam kariernya.

“Selepas menang

MI2, pengurusan saya bertanya sama ada saya ingin merakam lagu atau menghasilk­an album tempatan. Pilihan lain adalah untuk menghasilk­an album berbahasa Cina untuk pasaran luar.

“Saya memutuskan untuk cuba hasilkan album berbahasa

Cina kerana berhajat menembusi industri muzik di China dan Taiwan. Bagaimanap­un, ia tidak semudah disangka dan percaturan itu jelas memberi kesan yang besar.

“Apabila saya cuba kembali naikkan nama dalam pasaran arus perdana, saya berdepan kesukaran. Saya rasa ada jurang yang cukup besar untuk menawan kembali pasaran lagu Melayu khasnya,” katanya.

Walaupun terbit sedikit penyesalan,

Daniel bagaimanap­un menyifatka­n segala yang terjadi ada hikmahnya. Bukan semua perancanga­n mampu berjaya seperti disangka.

“Bila ia berlaku, sebenarnya ada yang beritahu bahawa itu bukan silap saya pun. Ini kerana saya tidak tahumenahu selok-belok dunia seni ketika itu dan ikut kata hati.

“Bagi saya itu adalah pengalaman yang cukup mendewasak­an. Ia tidak mematahkan semangat untuk saya terus berjuang menjadi anak seni,” katanya.

Daniel juga menafikan dia merajuk dengan industri hiburan tempatan yang menyebabka­n dia ‘lenyap’. Sebaliknya, dia memang aktif dalam pasaran muzik cina selama ini dan banyak hasilkan lagu.

“Saya bukan merajuk pun tapi rezeki tidak menyebelah­i untuk terus hasilkan lagu Melayu. Sebenarnya tahun lalu pun saya ada lancarkan lagu berjudul Menunggu Pulang namun penerimaan­nya suram.

“Tapi, saya tidak pernah menghilang pun selama ini. Dalam pasaran lagu Cina, saya sudah hasilkan tiga album dan sekitar 30 lagu juga,” katanya.

Kini aktif bekerja di belakang tabir sebagai pengarah vokal, Daniel juga tidak menafikan pernah rasa putus asa dan ingin tinggalkan dunia muzik.

Bagaimanap­un, ternyata semangatny­a masih kental untuk jadi penyanyi.

“Pada 2015 iaitu tahun ke-10 saya berada dalam industri muzik, saya sudah tidak dapat menjana pendapatan sebagai artis dan kena cari kerja lain. Saya nekad cuba pelbagai kerja sehingga 2017.

“Banyak sangat saya belajar dalam tempoh beberapa tahun itu. Saya cuba berpijak di bumi nyata dan meletakkan diri ke bawah kerana memang sudah tiada pendapatan sebagai artis.

“Tapi selepas itu, saya sedari muzik satusatuny­a yang paling saya minat dan tidak seharusnya putus asa. Disebabkan itu, saya nekad kembali dalam industri muzik semula dan ceburi bidang belakang tabir,” katanya.

Daniel ditemui di majlis pelancaran institusi seni Quinton Academy, baru-baru ini.

Selain membuat penampilan istimewa pada acara itu, dia juga bakal terbabit dalam sebuah kerjasama bersama akademi itu nanti.

DANIEL LEE

 ?? FOTO AZIAH AZMEE ?? DANIEL pernah cuba nasib kembang kerjaya di China dan Taiwan.
FOTO AZIAH AZMEE DANIEL pernah cuba nasib kembang kerjaya di China dan Taiwan.
 ?? ?? MASIH harap akan diterima semula dalam kalangan peminat melayu.
MASIH harap akan diterima semula dalam kalangan peminat melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia