Harian Metro

RUMAH TERBUKA IQIYI

Kami kekal komited untuk menyediaka­n pelbagai hiburan Asia kepada dunia dan ianya boleh diakses oleh penonton antarabang­sa, selain turut melabur dalam inovasi bagi menawarkan pengalaman tontonan yang menakjubka­n untuk pengguna kami Meriah dengan kehadiran

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian, iQiyi mengadakan Rumah Terbuka Jom Raya Setikar bagi menghargai sebahagian daripada pelanggan akses tahunannya.

Lebih menarik acara yang berlangsun­g di sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini turut dihadiri beberapa selebriti terkemuka seperti Datuk AC Mizal, Siti Saleha, Eyka Farhana, Alvin Wong dan Ruhainies.

Selain itu, pelakopela­kon yang membintang­i drama di iQiyi seperti Nasz Sally, Scha Elinnea, Gambit Saifullah, Hisyam Hamid, Syazwan Zulkifli, Phraveen Arikiah, Sherwyn Pang, Kryston Yang, Azfar Azri turut hadir memeriahka­n program berkenaan.

iQiyi turut menjemput peminat bertuah yang memenangi peraduan

Strim & Menang. Kesemua pemenang adalah penonton utama iQiyi yang mengumpul mata terbanyak selepas menonton rancangan hebat dan menyelesai­kan misi ringkas di platform berkenaan.

Ketika majlis ini, iQiyi juga berkongsi maklumat mengenai jumlah penggunany­a yang mana ia sudah meningkat sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun.

Ini menjadikan iQiyi sebuah platform penstriman video freemium paling pesat berkembang di Malaysia.

Selain itu, iQiyi juga adalah aplikasi penstriman video freemium nombor satu paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun lalu membabitka­n lebih 10 juta muat turun.

Pengurus iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada penonton di atas sokongan mereka dan memilih iQiyi sebagai platform hiburan pilihan mereka.

“Kami kekal komited untuk menyediaka­n pelbagai hiburan Asia kepada dunia dan ianya boleh diakses oleh penonton antarabang­sa, selain turut melabur dalam inovasi bagi menawarkan pengalaman tontonan yang menakjubka­n untuk pengguna kami.

“Rakyat Malaysia boleh menikmati kandungan

Asia di platform iQiyi yang menawarkan pelbagai pilihan rangkaian senarai kandungan utama dan terbesar Asia daripada kandungan anime tempatan hingga Korea Selatan, China dan Jepun,” katanya.

Setakat ini, iQiyi menawarkan kandungan premium hebat sebanyak 4,000 judul menerusi platformny­a.

Tahun lalu, iQiyi menghidang­kan penontonny­a dengan rangkaian terbesar drama tempatan yang mencetuska­n fenomena termasuk 7 Hari Mencintaik­u 2, Cukup Derita Itu 2, Sabarlah Duhai Hati, Budak Tebing 2, Gerak Khas Undercover dan banyak lagi.

Beberapa drama cinta popular China turut ditayangka­n di iQiyi termasuk Moonlight, My Dear Guardian, Love is Sweet, dan Our Secrets.

Pada masa sama, peminat drama Korea juga menikmati tayangan drama yang dibintangi selebriti terkenal termasuk Jirisan (Jun Ji-hyun), Bad and Crazy (Lee Dong-wook), serta My

Roommate is A Gumiho (Jang Ki-yong dan Hyeri).

Pengisian enam bulan pertama tahun ini, penonton iQiyi disajikan dengan barisan rancangan tempatan popular termasuk drama musim ketiga yang dinanti-nantikan, 7 Hari Mencintaik­u, Bila Hati Memilih Dia, dan drama yang bakal menemui penonton iaitu Kerana Aku Isteri Bidaan.

Peminat drama China juga boleh menonton My Sassy Princess, Be My Princess, Under The Skin, dan Love The Way You Are.

Selain itu, penggemar drama Korea boleh menikmati filem menarik seperti Military Prosecutor Doberman, Ghost Doctor serta drama terkini seperti Shooting Stars dan The Killer’s Shopping List.

Dengan pertumbuha­n pesat ini, iQiyi Malaysia berhasrat untuk menjadi pemacu utama dalam ekosistem kandungan tempatan dengan membina hubungan yang kukuh dengan pengguna dan juga rakan kongsinya.

“Tumpuan iQiyi bukan saja menawarkan pengalaman hiburan terbaik kepada penonton kami, malah kami juga berhasrat membantu memperkemb­ang industri tempatan menerusi kerjasama bermakna dengan syarikat produksi, rakan kongsi media, pelbagai jenama dan pengiklan.

“Dalam pemerhatia­n kami, tempoh dua tahun kebelakang­an ini telah mempercepa­tkan penggunaan media menerusi internet, terutamany­a kandungan video premium.

“Sebagai salah satu pemain utama di Malaysia, kami mahu memainkan peranan kami dalam merangsang industri kreatif tempatan. Kami teruja untuk terus menjalinka­n kerjasama dengan pemain industri ke arah mencapai matlamat ini dan komited untuk melabur dalam pasaran tempatan bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Dalam pada itu, iQiyi bakal melancarka­n drama komedi tempatan yang bakal ditayangka­n di Malaysia iaitu MY Ofis.

Pelancaran tontonan eksklusif global iQiyi itu merupakan drama bertemakan pejabat dibintangi Kahoe Hon sebagai Jasper, seorang anak muda yang bercitacit­a menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepik­an impiannya demi menjaga neneknya yang sudah berusia.

MY Ofis bakal dilancarka­n secara eksklusif di seluruh dunia melalui platform iQiyi mulai 26 Mei ini.

DINESH RATNAM

 ?? ?? SEKITAR majlis Rumah Terbuka Jom Raya Setikar yang dianjurkan oleh iQiyi.
SEKITAR majlis Rumah Terbuka Jom Raya Setikar yang dianjurkan oleh iQiyi.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia