Harian Metro

CABARAN BAHARU GURU

Perlu mahir dalam segala bidang IT selain tingkatkan kreativiti

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Guru adalah figura yang sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam menyampaik­an ilmu kepada anak didik mereka.

Walau dalam apa juga keadaan, mereka sentiasa memikirkan bagaimana untuk membolehka­n segala ilmu dapat dicurah dan disampaika­n sebaiknya kepada pelajar.

Ketika awal pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang beranggapa­n kebanyakan guru berehat kerana sekolah ditutup tetapi hakikatnya mereka merasa tidak senang dengan keadaan itu sehingga ada yang tertekan.

Sepanjang PKP, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang dilaksanak­an dan pastinya semua itu dirasakan tidak mencukupi untuk menyampaik­an segala ilmu.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan guru yang tampil dengan bahan PdP sendiri bagi memastikan subjek atau silibus yang disampaika­n difahami pelajar.

Ia juga adalah cara guru tersendiri untuk menarik minat pelajar bukan saja mengikuti PdP yang dilaksanak­an secara dalam talian tetapi juga untuk memastikan pelajar lebih fokus.

Alternatif guru-guru ini secara tidak langsung menjadikan mereka bukan saja lebih kreatif tetapi juga celik teknologi. Ia sekali gus mengiyakan ‘PKP menjadikan guru lebih kreatif dan celik teknologi’.

Hal ini diakui Mohammad Noor Azlan Idris, 46, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Abu Bakar, Baling, Kedah.

Kini lebih dikenali sebagai Ustaz Abah di salurannya sendiri di YouTube dan aplikasi TikTok, beliau bersetuju

PKP berjaya mengubah guru terutama dirinya memanfaatk­an kemudahan yang dan lebih kreatif serta celik teknologi.

Jujurnya, Ustaz Abah akui sebelum PKP beliau adalah seorang yang ‘buta’ teknologi dan langsung tidak pernah mengetahui untuk mengedit video apatah lagi menghasilk­an bahan pembelajar­an dan dimuat naik di media sosial.

“Ketika mula PKP, saya rasa tertekan kerana tidak dapat mengajar. Disebabkan terlalu bosan, dengan bantuan anak sulung sebagai tukang rakam, saya menghasilk­an video pertama dan dimuat naik di Facebook saya pada April 2020.

“Alhamdulil­lah, ramai

 ?? ?? DIDIK TV antara medium pembelajar­an yang banyak membantu pelajar ketika PdPR.
DIDIK TV antara medium pembelajar­an yang banyak membantu pelajar ketika PdPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia