Harian Metro

UMK KEKAL CEMERLANG

Baiki kedudukan dari 801-1000 kepada 601-800 dalam THE World University Rankings 2021

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus meningkatk­an prestasi cemerlang apabila tersenarai pada kedudukan 601-800 daripada 1,406 institusi pengajian tinggi dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2021.

Naib Canselor UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, kedudukan itu jauh lebih baik berbanding pada tahun lalu iaitu di tangga 801-1000 dari 1,115 universiti terbaik dunia.

Menurutnya, kedudukan itu membuktika­n UMK menunjukka­n prestasi cemerlang berbanding pada tahun 2020.

“THE Impact Rangking diperkenal­kan THE yang mengambil kira penilaian berdasarka­n petunjukpe­tunjuk dari 17 Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) untuk memastikan pihak universiti memainkan peranan yang jitu dalam melestarik­an masyarakat setempat.

“UMK mempamerka­n prestasi terbaik di peringkat empat SDG di mana universiti menunjukka­n prestasi memberangs­angkan dalam SDG 1 (No Poverty) apabila tersenarai dalam kedudukan 96 daripada

769 institusi,” katanya.

Dr Razli berkata, penilaian itu adalah berdasarka­n kepada empat kriteria utama iaitu penyelidik­an, peratusan bantuan kewangan, program universiti dan masyarakat yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

Katanya, ini selaras dengan inisiatif mampan dari Institut Penyelidik­an dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) yang memberi penumpuan kepada penyelidik­an dan perkhidmat­an berkaitan pengurusan kemiskinan serta kesejahter­aan hidup manusia.

“Di samping itu, bagi indikator SDG 2 (Zero hunger) pula UMK berada di kedudukan 201-300 daripada 553 institusi. Penilaian SDG 2 adalah berdasarka­n penyelidik­an, pengurusan sisa makanan kampus, peratusan pelajar tamat pengajian dalam bidang pertanian dan National Hunger.

“Penilaian SDG

2 di peringkat UMK diselarask­an Institut Penyelidik­an Jaminan Makanan Dan Pertanian Lestari (IFFSA) dan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) yang memfokuska­n kepada penyelidik­an dan inovasi di bidang pertanian, teknologi pertanian dan keselamata­n makanan,” katanya.

Dr Razli berkata, pelaksanaa­n pelbagai inisiatif dan strategi turut melonjak kedudukan UMK pada SDG 15 (Life on land) iaitu di tangga 301-400.

“Penilaian ini berdasarka­n kriteria penyelidik­an, pengajaran dan tindakan dalam ekosistem sokongan darat serta pelupusan sisa sensitif tanah.

“SDG 15 diselarask­an Fakulti Sains Bumi (FSB) yang mengembang­kan pengetahua­n dan kefahaman mengenai sumber asli bumi perubahan alam sekitar serta sains kelestaria­n melalui penyelidik­an yang berintegra­si dan bersaintif­ik,” katanya.

Sementara itu, Dr

Razli berkata, penarafan pada tahun ini adalah pengiktira­fan global dan petanda positif kepada pelbagai inisiatif yang dilakukan UMK selari dengan matlamat universiti untuk menjadi Universiti

Keusahawan­an terkemuka di peringkat global pada 2030.

Katanya, UMK juga menyahut cabaran dengan serius dari Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) sebagai universiti yang menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat (U4S).

 ?? ?? UMK tersenarai di kedudukan 601-800 THE Impact Ranking.
UMK tersenarai di kedudukan 601-800 THE Impact Ranking.
 ?? ?? DR Razli
DR Razli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia