Harian Metro

Binary University sedia geran pendidikan luar bandar

-

Bagi memberi ruang kepada lebih ramai pelajar luar bandar,

Binary Universiti

& Collage (Binary University) berhasrat untuk mewujudkan peluang pekerjaan serta melahirkan ramai usahawan.

Justeru, untuk mencapai matlamat ini Binary Universiti mengkhusus­kan semua program yang diadakan termasuk tiga diploma yang akan membabitka­n bidang keusahawan­an.

Selain itu, Binary University ini juga menawarkan Geran Pendidikan Binary kepada pelajar luar bandar untuk capai impian mereka.

Sudah beroperasi selama 38 tahun dan menjadi antara jenama tertua dalam sektor pendidikan tinggi swasta negara, Binary Universiti ini sudah menganjurk­an pelbagai program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu mereka yang memerlukan.

Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Binary University, Tan Sri Datuk Professor Joseph Adaikalam berkata, Program Biasiswa Binary-Pelajar Bumiputera adalah program tanggungja­wab sosial (CSR) pertama yang diadakan Binary pada 1989.

Katanya, program Biasiswa 1989 itu berjaya mentransfo­rmasikan masa depan lebih 20,000 pelajar Bumiputera khususnya di luar bandar dan berjaya membantu mereka capai impian.

“Sekitar 1989, tiada pinjaman PTPTN dan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) hanya menawarkan program dalam aliran Bahasa Inggeris. Pelajar luar bandar juga tidak mampu untuk ke IPTS kerana yuran yang tinggi tambahan mereka tidak fasih dalam Bahasa Inggeris.

“Jadi, untuk menangani masalah itu, Binary University membangunk­an program diploma khas dalam aliran Bahasa Malaysia dan menawarkan semua pelajar yang mengikuti program ini biasiswa dan subsidi khas tanpa syarat,” katanya.

Situasi yang dihadapi pelajar luar bandar sekarang tidak banyak beza dengan apa yang dihadapi 33 tahun lalu.

Justeru, untuk membantu pelajar dan juga ibu bapa menghadapi masalah kewangan,

Senat Binary University meluluskan penyediaan Geran Khas iaitu Geran Pendidikan Binary berjumlah RM33.5 juta.

“Menerusi geran itu, ia dapat membantu 2,000 pelajar Bumiputera setahun yang ingin mengikuti mana-mana tiga programn diploma yang dikendalik­an keseluruha­nnya dalam Bahasa Malaysia.

“Binari University yang berpegang falsafah ‘membantu anak muda tanpa mengira kaum’, kami juga menyediaka­n Geran Khas bagi membantu 1,000 pelajar bukan Bumiputera,” katanya.

“Menerusi Geran Pendidikan Binary, pihak kami bukan sahaja dapat membantu pelajar untuk mengikuti pengajian tinggi pada kos yang rendah malah dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih baik,” tambahnya.

Sementara itu, bagi menarik lebih ramai pelajar luar bandar untuk menyambung pengajian, Binary University memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai sekali gus duta jenama institusi pendidikan itu.

Datuk Sri Siti Nurhaliza berkata, pelantikan­nya itu adalah bertujuan untuk menggapai lebih ramai lagi siswazah bumiputera yang kurang berkemampu­an.

Oleh itu, beliau berharap supaya lebih ramai masyarakat luar bandar akan dapat mengejar impian dan harapan mereka.

“Saya percaya ilmu pendidikan amat bernilai serta dapat mengubah nasib dan kehidupan masyarakat luar bandar. Saya juga percaya dengan memberi pendidikan kepada anak-anak masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik, kita dapat membantu mereka menaikkan taraf hidup serta peluang mendapatka­n pekerjaan yang berpendapa­tan lebih tinggi.

“Binary University membuka peluang kepada masyarakat luar bandar untuk melanjutka­n pelajaran. Menerusi subsidi dibawah Geran Pendidikan Binary ini juga, Binary University membuka peluang kepada masyarakat di luar bandar untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat lebih tinggi,” katanya.

“Saya juga berharap dengan kerjasama dan jalinan ini akan dapat melahirkan lebih ramai masyarakat bijak pandai kerana generasi muda inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan,” tambahnya.

 ?? FOTO HAZREEN MOHAMAD ?? JOSEPH bergambar bersama Siti Nurhaliza selepas menandatan­gani MoU.
FOTO HAZREEN MOHAMAD JOSEPH bergambar bersama Siti Nurhaliza selepas menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia