Harian Metro

MUDAH BERJANGKIT

Jangkitan akibat virus keluarga Enteroviru­s itu mudah merebak melalui air liur, najis Antara gejala awal adalah demam, kurang selera makan, sakit tekak atau kurang bermaya

-

DARI MUKA 33

Di Pulau Pinang, lebih 1,000 kes HFMD dilaporkan sejak Januari lalu dan di Kedah pula, meningkat sebanyak 47 peratus pada tahun ini berbanding tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Sebanyak 1,145 kes HFMD pula direkodkan di Pahang sejak awal Januari sehingga 7 Mei lalu.

Manakala di Negeri

Sembilan, sebanyak 958 kes HFMD direkodkan sejak awal Januari sehingga 27 April lalu.

Di Selangor, sebanyak 4,383 kes HFMD dilaporkan di negeri itu setakat 22 April lalu.

Penyakit yang disebabkan kuman virus dari keluarga Enteroviru­s itu mudah berjangkit dan merebak melalui cecair badan seperti air liur atau najis.

Virus itu boleh merebak melalui kontak rapat atau sentuhan dengan pesakit, melalui barang atau benda yang dipegang pesakit di mana virus sudah ada di situ.

Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL, Dr Faisal Mohd Fadzli berkata, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah golongan yang berisiko dijangkiti HFMD kerana mereka selalunya berkumpul di pusat asuhan dan memudahkan virus itu merebak selain tidak pernah didedahkan kepada kuman berkenaan.

Kata Dr Faisal, ia berbeza dengan golongan dewasa yang mungkin sudah menghasilk­an antibodi terhadap virus itu atau sudah imun.

Katanya, apabila virus itu mula masuk ke dalam badan, tanda-tandanya biasa akan boleh dilihat selepas tiga hingga tujuh hari.

“Antara gejala awal adalah demam, kurang selera makan, sakit tekak atau kurang bermaya.

“Selain itu, ruam pada tapak tangan dan tapak kaki serta ulser mulut akan keluar pada hari ke dua atau ketiga demam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Dr Faisal, ruam penyakit HFMD seperti ruam jangkitan cacar air di mana ianya seperti biji di kulit dan kelihatan seperti mengandung­i cecair.

Katanya, jika disentuh, cecair itu boleh menyebabka­n jangkitan itu merebak kerana ada virus di dalam cecair berkenaan.

“Apapun, tiada ujian makmal yang khusus biasanya dilakukan untuk membuat diagnosis penyakit HFMD.

“Kebiasaann­ya, diagnosis dilakukan berdasarka­n hasil pemeriksaa­n fizikal seperti ruam dan ulser di mulut, “katanya.

Dalam pada itu, majoriti kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD akan pulih dengan sendiri dan selalunya mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari dari tarikh mula demam.

Dr Faisal berkata, gejala seperti demam boleh diatasi dengan memberi ubat paracetamo­l dan melembapka­n badan dengan tuala basah (air pada suhu bilik).

“Rawatan yang terbaik ialah memastikan suhu badan anak terkawal dan memastikan mereka minum air secukupnya.

“Jika si kecil tidak mahu makan dan lebih teruk tidak mahu minum langsung, dia perlu diberi rawatan seperti intravenou­s fluid (IVD).

“Dalam tempoh yang dinyatakan (sekitar tujuh hingga 10 hari), Insya-Allah kanak-kanak biasanya akan sembuh,” katanya.

Sementara itu, Dr Faisal berkata, terdapat kes di mana pesakit boleh terkena jangkitan lebih dari sekali.

Ini kerana ia boleh disebabkan banyak jenis virus dari keluarga yang sama.

“Justeru ibu bapa perlu peka dan sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi mengelakka­n anak dari dijangkiti HFMD.

“Mencegah lebih baik dari merawat, jadi keraplah membasuh tangan, memakai pelitup muka dan kuarantink­an anakanak yang bergejala bagi mengelakka­n ia dari terus menular,” katanya.

 ?? ?? RUAM pada tapak tangan, tapak kaki serta ulser mulut akan keluar pada hari ke dua atau ketiga selepas demam
RUAM pada tapak tangan, tapak kaki serta ulser mulut akan keluar pada hari ke dua atau ketiga selepas demam
 ?? ?? RUAM penyakit HFMD menyerupai ruam jangkitan cacar air, ia kelihatan berbiji di kulit dan kelihatan seperti mengandung­i cecair
RUAM penyakit HFMD menyerupai ruam jangkitan cacar air, ia kelihatan berbiji di kulit dan kelihatan seperti mengandung­i cecair
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia