Harian Metro

Guardian tawar diskaun hingga 50 peratus sempena raya

-

Tampil bergaya, sihat dan cantik sepanjang Syawal dengan pelbagai barangan keperluan kesihatan serta kecantikan harian sempena promosi jualan istimewa Hari Raya Guardian.

Tawaran Lebaran, Kembalikan Kemeriahan itu diadakan sehingga 29 Mei ini di semua rangkaiann­ya di seluruh negara.

Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei, Angela

Teo berkata, menerusi potongan sehingga 50 peratus, sekarang adalah masa terbaik untuk mendapatka­n barangan kesihatan dan kecantikan yang diperlukan untuk menyambut lebaran bersama yang tersayang.

Katanya, pelanggan boleh berjimat sehingga 50 peratus untuk produk penjagaan kulit dan penjagaan diri manakala 30 peratus untuk penjagaan kosmetik serta penjagaan kesihatan.

“Selain itu, terdapat juga pelbagai promosi dan tawaran istimewa seperti pek Promosi Bonanza untuk penjagaan kulit dengan penjimatan 20 hingga 35 peratus bagi produk penjagaan kulit sensitif.

“Terdapat lebih 1,570 produk juga dijual pada RM10 sahaja,” katanya.

Menurut Angela lagi, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Scratch & Win Festive Bonanza’ dengan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5 juta untuk dimenangi.

Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja minimum sebanyak RM40 dalam satu resit untuk mendapatka­n kad gores dan menang serta lihat apa yang dimenangi.

Selain daripada hadiah pertama sebuah motosikal Yamaha MT-25, pelanggan juga boleh memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Flip 3 5G, Thermomix, Ogawa Aromatic Face Steamers dan baucar tunai. Peraduan itu akan berakhir pada 29 Mei ini.

“Di Guardian, setiap hari adalah masa yang sesuai untuk membeli keperluan kesihatan dan kecantikan buat seisi keluarga.

“Sebagai peruncit nombor satu Malaysia, kami sentiasa mengkaji dan membawa masuk produk terbaik dengan teknologi terkini untuk memberi manfaat, nilai serta pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan,” kata Angela.

Sementara itu, video muzik istimewa juga dilancarka­n bagi membangkit­kan kerinduan untuk pulang berhari raya ke kampung halaman selepas dua tahun sekatan perjalanan dilaksanak­an akibat pandemik Covid-19.

Angela berkata, video Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian mengisahka­n perjalanan empat beradik yang pulang ke kampung halaman bersama-sama selepas sekian lama dengan menunggang Vespa berwarna-warni untuk mengejutka­n ibu mereka di hari raya.

“Sepanjang perjalanan, mereka berhenti untuk menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak kira sejauh mana dan betapa berliku jalan untuk pulang ke kampung, yang penting dapat beraya bersama orang tersayang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia