Harian Metro

JUARA PIALA FA

Liverpool menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley

-

London

Jurgen Klopp memuji 'mentaliti raksasa' dan keberanian barisan pemainnya ketika Liverpool menahan rasa gementar untuk memenangi Piala FA menerusi penentuan penalti ketika berdepan Chelsea semalam sekali gus berada di landasan untuk memburu empat kejuaraan.

Skuad kendalian Klopp menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley apabila pertahanan Greece, Kostas Tsimikas menjadi wira dengan sepakan penting selepas Alisson Becker menyelamat­kan percubaan Mason Mount.

Perlawanan akhir itu tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas masa tambahan membawa perlawanan kepada penentuan penalti dan menyaksika­n percubaan pemain Chelsea, Cesar Azpilicuet­a diselamatk­an dan usaha bintang Liverpool, Sadio Mane ditepis Edouard Mendy.

Buat kali kedua musim ini, Liverpool muncul juara mengatasi Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti selepas mereka menewaskan pasukan itu 11-10 selepas keputusan 0-0 pada final Piala Liga Februari lalu.

Ia kejayaan pertama Liverpool menjulang Piala FA sejak 2006 meneruskan usaha mereka menjadi pasukan England pertama memenangi semua empat kejuaraan besar dalam satu musim.

Ketika dua kejuaraan sudah diraih, skuad Reds berharap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City akan keciciran mata berbaki dua perlawanan.

"Ia satu perlawanan menakjubka­n, perlawanan sengit.

Chelsea juga berhak menang dengan cara sama, itulah jurangnya terlalu kecil. Kami mengatasi tempoh yang bagus daripada Chelsea, dan kemudian mencipta saat bagus untuk kami sendiri.

"Kami ada mentaliti raksasa tetapi mereka juga ada kekuatan sama. Chelsea bermain dengan baik tetapi hanya ada satu juara dan hari ini ia menjadi milik kami," kata Klopp.

Walaupun Liverpool tidak menang gelaran England kedua dalam tiga musim, mereka masih boleh menamatkan kempen dengan memenangi

Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris pada 29 Mei ini.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia