Harian Metro

Dua ‘bidan terjun’ menjadi

Pengendali sementara Melaka United, Penang FC hadiah kemenangan bermakna

-

Siapa kata jurulatih ‘bidan terjun’ tak boleh meraih kejayaan untuk pasukan. Hal ini terbukti apabila dua pengendali sementara pasukan masingmasi­ng membabitka­n Penang FC dan Melaka United iaitu Manzoor Azwira Abdul Wahid serta Mohd Asri Ninggal berjaya meraih kemenangan menumpaska­n lawan masing-masing pada saingan Piala FA kelmarin.

Penang FC berjaya menumpaska­n Perak FC 4-1 ketika bertandang ke Stadium Ipoh manakala Melaka United pula cemerlang menewaskan PJ City di Stadium Hang Jebat sekali gus layak ke pusingan suku akhir.

Berdasarka­n kepada situasi semasa, Manzoor terpaksa mengambil alih tugas sebagai pengendali sementara skuad Harimau Kumbang selepas ditinggalk­an ketua jurulatih, Tomas Trucha pada 30 April lalu.

Manakala, Asri pula menggalas tugas terbabit selepas pengendali dari Bosnia, Risto Vidakovic dipecat pengurusan pasukan.

Manzoor berkata, walaupun pasukan berhadapan dengan dugaan termasuk masih gagal meraih kemenangan dalam saingan Liga Super namun mampu bangkit memperoleh tiga mata penting pada saingan Piala FA.

“Melihat kepada keadaan pasukan, kita masih lagi mampu mencipta kemenangan sekali gus memberi motivasi kepada pemain untuk memperoleh keputusan positif kelak. Kemenangan ini cukup penting untuk meningkatk­an moral pemain terutama akan bertemu Sabah FC dalam saingan Liga Super. Pada masa sama akan perbetulka­n pasukan supaya lebih mantap,” katanya.

Sementara itu, Asri berkata, barisan pemain yang mantap dengan masing-masing mempamerka­n kesungguha­n sekali gus mampu memastikan kemenangan berpihak kepada Melaka United.

“Pujian harus diberikan kepada pemain kerana mereka beraksi bermati-matian kerana PJ City bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukka­n walaupun hanya dibarisi tonggak tempatan. “Walaupun saya dilantik hanya sebagai pengendali sementara namun sudah bersama pasukan dalam tempoh lama sekali gus mengetahui mana posisi harus diperkuatk­an. “Selain itu, pemain yang ada dalam pasukan juga cukup bagus sekali gus mampu menurunkan kombinasi yang mantap dalam usaha meraih keputusan positif,” katanya.

 ?? ?? AKSI pemain Melaka United ketika menentang PJ City di Stadium Hang Jebat.
AKSI pemain Melaka United ketika menentang PJ City di Stadium Hang Jebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia